Berita

Rakyat Malaysia Nak Belajar Di Australia Perlu Tunjuk Bukti Ada Wang Simpanan RM93,000

Gempak
11/05/2024
03:41 MYT
Sponsor Banner
Rakyat Malaysia Nak Belajar Di Australia Perlu Tunjuk Bukti Ada Wang Simpanan RM93,000
Australia menaikkan had minimum wang simpanan pelajar antarabangsa bagi mendapatkan visa dan memberi amaran kepada beberapa institusi pendidikan mengenai amalan penipuan pengambilan pelajar, sebagai sebahagian daripada usaha mengekang penghijrahan.

Bukti Wang Simpanan

Mulai 10 Mei, pelajar antarabangsa mesti menunjukkan bukti memiliki wang simpanan sekurang-kurangnya A$29,710 (RM93,000).
Oktober lalu, jumlah itu dinaikkan kepada A$21,041 (RM66,000).
Sementara itu, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata mereka akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Australia.
“Kami akan mengadakan perbincangan dengan rakan sejawatan kami dan kerajaan Australia secepat mungkin untuk memahami dasar negara itu.
“Kita ingin tahu sama ada dasar itu melibatkan semua negara atau hanya negara tertentu sahaja,” katanya, seperti dilaporkan New Straits Times sambil menambah kementeriannya perlu melibatkan KDN kerana ia melibatkan isu imigresen.
Kredit foto: Canva
Sumber - Says.com
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar