Laman Utama

Rakyat Puji Seri Paduka Baginda Agong Menyantuni Keluarga Mangsa Kemalangan Maut Tepi Jalan

Shahrin Zulkifle
11/11/2022
23:00 MYT
Sponsor Banner
Rakyat Puji Seri Paduka Baginda Agong Menyantuni Keluarga Mangsa Kemalangan Maut Tepi Jalan
Rakyat memuji tindakan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong menyantuni keluarga seorang penumpang motorsikal yang terlibat dalam kemalangan maut selepas kenderaan yang dinaiki mangsa terbabas di Batu 12, Jalan Kuantan Gambang, Pahang pada Jumaat.
Menerusi muat naik di Instagram @istana_negara, Seri Paduka Baginda difahamkan dalam perjalanan dari Istana Abdul Aziz, Kuatan ingin menuju ke Istana Negara, Kuala Lumpur sebelum memberhentikan kenderaan untuk melihat keluarga mangsa kemalangan tersebut.
“KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkenan menuruni kenderaan rasmi Baginda untuk menyantuni keluarga penunggang motosikal yang terlibat dalam kemalangan maut.
“Seri Paduka Baginda dalam perjalanan dari Istana Abdulaziz, Kuantan ke Istana Negara, Kuala Lumpur, sebelum konvoi kenderaan Baginda melalui lokasi kemalangan itu.
“Seri Paduka Baginda menzahirkan rasa sedih dengan kemalangan yang telah meragut nyawa penunggang motosikal itu dan menzahirkan harapan agar seluruh keluarga Allahyarham sabar dan tabah menghadapi dugaan serta suasana sedih dan pilu,” kongsinya.
Sementara itu, rata-rata rakyat yang singgah ke ruangan balas memuji tindakan Seri Paduka Baginda selain menyampaikan salam takziah kepada keluarga mangsa.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar