Laman Utama
Ramadan Pertama Edi Bongkar Alasan Yang Sering Diguna Pakai Untuk Tak Puasa.. Haa Korang Yang Mana Satu?
Bulan Ramadan bakal menjelma kurang dari seminggu lagi.
Drama Ramadan Pertama Edi yang kini sedang ditayang di kaca televisyen tampil dengan Vlog Ramadan Keluarga Pak Sobri bagi episod pertama.
Elly Mazlein yang memegang watak Naemah membongkar alasan yang sering diguna pakai oleh orang yang suka mengelat berpuasa.
Di sini, Gempak senaraikan lima 'jawapan' yang sering digunakan setiap tahun:
1. Tak bangun sahur
2. Claim musafir tapi tak cukup syarat
3. Puasa batal sebab dah termakan
4. Kawan hasut ajak makan
5. Penat melampau walau buat kerja sedikit
Ramadan Pertama Edi merupakan sebuah naskah terbitan Gempak yang diarahkan oleh sutradara Datuk Yusry Abdul Halim dan Ezrie Gazali.
Mengisahkan tentang Edi (Redza Rosli) dan Nad (Mimi Lana). Selepas 2 bulan berkenalan dan bercinta, Edi dan Nad terus berkahwin.
Bercinta ketika musim PKPB, membuatkan mereka jarang berjumpa serta tidak sempat kenali isi hati budi masing-masing secara mendalam.
Namun setelah tinggal bersama, Edi dan Nad mula sedar perangai pasangan masing-masing. Edi sejenis yang sukar hendak serius dan berterus terang manakala Nad pula jenis yang cerewet dan perfectionist.
Nad kini sedang hamil enam bulan dan bakal pulang ke rumah bapanya, Pak Sobri beberapa hari sebelum Ramadan. Disebabkan PKP, Nad dan Edi terpaksa berpuasa di rumah Pak Sobri selama dua minggu.
Masalah timbul di situ kerana Edi sebenarnya cukup susah untuk berpuasa. Pelbagai masalah dan konflik yang berlaku namun apa pengakhirannya? Nantikan..
Ramadan Pertama Edi dibintangi barisan pelakon hebat antaranya Redza Rosli, Mimi Lana, Datuk Aznil Nawawi, Elly Mazlein, Datin Lisa Surihani dan ramai lagi.
Berdurasi selama 30 minit, Ramadan Pertama Edi bersiaran pada setiap hari Rabu, jam 9.30 malam secara eksklusif di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124).
Jika anda terlepas untuk menonton episod terdahulu, anda juga boleh strim di Astro Go dan On Demand dan buat carian Ramadan Pertama Edi.