Laman Utama
Ramai Bitter Syafiqah Aina Buka Klinik Estetik, Siap Pakai Scrub Doktor... Ada Tanya: "Boleh Ker Buka Klinik?"
Usahawan dan personaliti media sosial, Syafiqah Aina dan suami, Hafiz Mahamad sekali lagi menarik perhatian netizen apabila bakal membuka sebuah klinik estetik sendiri, Ainaa Clinic tidak lama lagi.
Biarpun masih dalam proses pengubahsuaian, ramai yang tampil memberikan pelbagai reaksi tambahan pula pasangan itu mengenakan scrub, pakaian yang lazim dipakai pegawai perubatan.
Malah, ada yang mempertikaikan kredibiliti pasangan itu untuk menguruskan sebuah klinik tanpa pengetahuan melibatkan bidang berkaitan.
"Soalan serius, apa syarat-syarat untuk buka sebuah klinik? Boleh ker apa-apa premis guna nama klinik? Juga, saya ingat baju scrub pakai dalam bilik pembedahan saja?" ciap seorang pengguna.
"Aik? Bukan doktor atau jururawat pun boleh pakai scrub ker? Buat penat je aku belajar susah-susah," tambah pengguna lain.
"Pelajar perubatan menangis melihat ni," ciap pengguna lain pula.
Bagaimanapun, seorang pengguna @dfame8 yang difahamkan bertugas sebagai seorang doktor tampil menjelaskan situasi berkenaan.
"Ini adalah contoh klinik estetik (Aesthetic). Secara etikanya, perlu dikepalai oleh seorang Doktor Perubatan yang bertauliah yang mngmbil pengkhususan (Specialty) Medical Aesthetic and Regenerative Medicine.
"Sekiranya berlaku apa-apa penyalahan dari segi ilmu sebenar perubatan estetik, ia adalah satu perkara yang salah. Bahkan lagi diuruskan oleh seorang yang tiada latar belakang bidang perubatan. Berkenaan dengan undang-undang tu aku tak berapa pandai.
"Tapi sekiranya ada penggunaan atau preskripsi ubat-ubatan/dadah yg digunakan dlm klinik ini, ini ye benar melanggar undang-undang akta racun/ubat-ubatan (mungkin boleh check balik). Ubat-ubatan terkawal hanya boleh di-preskripsi-kan oleh seorang doktor perubatan bertauliah.
"Untuk scrub, tak spesifik untuk OT di hospital/klinik. Kini siapa-siapa pun bebas pakai. Bahkan ada je butik kosmetik yang staff pakai whitecoat mcm CLINIQUE.
"Pakaian tak jadi isu tapi praktis tu mungkin boleh dipersoalkan sekiranya disalahguna. Or pakai scrub/whitecoat untuk disalahgunakan seperti tujuan menipu," jelasnya menerusi ciapan balas di Twitter.
Selain itu, ramai juga yag memuji kesungguhan pasangan itu untuk menggapai impian dan pada masa sama mewujudkan peluang kerjaya menerusi klinik estetik mereka.
"Ramai gila kecam dorang buka klinik. But I think it’s a good thing. At least boleh provide jobs especially now staff kkm mostly semua kontrak including DRs, nurses.
"Habis kontrak takkan disambung dah yall, so at least lepas tu ada la job kalau dah more private clinics out there," tulis seorang pengguna.