Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

"Ramai Nak Mamp*s, SOP Tak Ada" - Netizen Risau Foto Tular Orang Awam Bergasak Di Gedung Kain Popular

Amri Hassan 25/04/2021 | 21:50 MYT
Lagi dua minggu menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri, umat Islam sudah mulai mencari persiapan masing-masing.
Terbaharu, tular sekeping foto di Twitter keadaan semasa orang awam bersesak-sesak di sebuah gedung kain terkenal di Bangi, Selangor.
Dalam foto terbabit, kelihatan orang ramai sedang berpusu-pusu memilih pakaian yang dijual gedung terbabit tanpa menghiraukan standard operasi prosedur (SOP) yang ditetapkan.
Biarpun masing-masing mematuhi arahan memakai pelitup separuh muka, ada dalam kalangan netizen yang risau mengenai ketidakpatuhan penjarakan fizikal ketika sedang rancak membeli-belah.
Ruang terbabit seperti foto yang tular kelihatan sesak dengan orang ramai yang turut membawa kanak-kanak bersama-sama mereka.
Justeru, wargamaya menyarankan agar pihak berkuasa memantau keadaan premis berkenaan yang difahamkan kini sedang membuat jualan sempena Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi.
Malah, ada yang menyeru agar pihak berkuasa yang membuat sekatan jalan raya berhampiran premis tersebut 'membuat lawatan' memeriksa keadaan pengunjung dari semasa ke semasa.
Sehingga kini masih tiada sebarang maklum balas daripada pemilik gedung terbabit.
#Viral #Netizen #Twitter #Raya #Aidilfitri #Shopping #SOP #Beli-Belah #Penjarakan Fizikal
;