Hiburan
Ramai Pertikai Kematian Falah, Kata Intan Lebih Layak, Ini Ulasan Ustaz Izmir Tentang Takdir Dalam Andai Tiada Dia
Memang tidak dinafikan ramai yang menyuarakan rasa sedih selepas menonton episod 35 drama fenomena, Andai Tiada Dia.
Ramai sedih Falah meninggal
Lebih-lebih lagi apabila babak melibatkan Falah yang menyaksikannya menghembuskan nafas terakhir di samping isterinya, Suri.
Malah ramai yang mempersoalkan tentang kematian Falah dan beranggapan Intan lebih layak mati berbanding suami Suri memandangkan dia banyak melakukan dosa.
Disebabkan itu pendakwah dan pengacara, Izmir Fareez tampil memberikan ulasan tentang takdir yang berlaku dalam Andai Tiada Dia.
“Saya yakin ramai yang mengalirkan air mata bila tengok Falah meninggal sebab drama ini banyak memberikan kesan kepada kita masyarakat, saya suka ulas drama ini pasal dia dekat dengan masyarakat.
“Dan ada juga yang pertikai tentang kematian Falah, sebab dia kata bukan Falah yang patut mati, yang patut mati tu Intan, Intan tu yang paling jahat, dia yang patut mati.
“Kita pun kadang terfikir juga kan, kenapa Allah kadang panjangkan usia orang yang jahat jahat ni, boleh jadi Allah nak ampunkan orang yang jahat itu Allah nak ampunkan Intan, mana kita tahu sebab Allah maha pengampun,” ulasnya.
Pasti ada hikmah untuk Suri
Tambah ustaz Izmir lagi, setiap perkara yang berlaku pasti mempunyai hikmah tertentu dalam hidup Suri, Intan dan Falah.
“Janganlah kita sangka bahawa Allah boleh ampunkan kita saja, tidak, orang yang jahat itu pun Allah boleh ampunkan juga.
“Dan kadang kita tengok juga ada yang pertikaikan tentang ending ini. Kenapa nak kena buat ending ni sedih- sedih sepatutnya happy endinglah baru best. Sepatutnya Falah tak perlu mati, kalau tidak suri akan jadi sedih betul.
“Siapa yang boleh terima kematian, tapi dalam keadaan kitab oleh menempuhi kematian tersebut, mungkin dalam keadaan kita sabar, Suri sabar dengan kematian Falah, Allah akan bagi kebahagiaan, Allah akan bagi kegembiraan yang hakiki bila di akhirat esok.
“Kita duduk di dunia ini pun sama, kita ada kematian yang kita kena tempuh, mak ayah kita ke, adik beradik kita ke, tapi kalau kita tempuh dengan kesabaran.
“Insya-Allah, kita akan dipertemukan balik oleh Allah di dalam syurga. Dan dihujung yang paling berat sekali katalah kita ini duduk di tempat Suri, apa keputusan yang kita akan buat.
“Adakah kita akan biarkan Falah terlantar terseksa begitu atau pun kita akan lepaskan dia dan pergi begitu.
“Kalau kata kita melepaskan dia, tak semestinya melepaskan itu adalah kesedihan, tapi mungkin melepaskan itu adalah satu kebahagiaan buat kita dan orang yang ada di sekeliling kita.
“Ini mungkin hikmah berlakunya kematian Falah untuk Suri,” ujarnya.
Drama yang menampilkan barisan pelakon terkenal seperti Hisyam Hamid, Ummi Nazeera, Mimi Lana dan juga Zahiril Adzim itu bersiaran setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro Ria (saluran 104).
Sinopsis
Andai Tiada Dia mengisahkan pasangan Suri, (Ummi Nazeera) dan Haikal, (Hisyam Hamid) yang sudah 7 tahun mendirikan rumah tangga namun masih belum dikurniakan zuriat.
Tertekan dengan situasi sekeliling, Suri meminta izin kepada Haikal untuk melakukan IVF namun tidak diambil endah oleh Haikal kerana sudah selesa dan bahagia hidup tanpa memiliki anak.
Kematian Hisyam, adik kepada Haikal, meninggalkan seorang bayi malang berusia 4 bulan dan menggerakkan hati Suri untuk mengambilnya sebagai anak angkat.
Kehadiran Intan (Mimi Lana), adik kepada Suri dalam rumah tangga mereka mengeruhkan lagi keadaan apabila Haikal dan Intan mula menjalinkan hubungan sulit semasa Suri sibuk menjaga anak angkat mereka.