Ramai Pesan Jangan Lalai, Ini Empat Sebab Mengapa Anak Norman Hakim Pilih Masuk Industri Hiburan
Baru-baru ini anak pelakon Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Muhammad Danish Hakim menjadi perhatian netizen.
Ini kerana Danish akhirnya mengambil keputusan untuk menceburi bidang hiburan sama seperti kedua ibu bapanya.
Walaupun pernah mendapat tentangan daripada Norman dan Abby namun Danish berjaya menyakinkan mereka berdua.
Bagaimanapun Danish menyatakan niatnya untuk memasuki industri hiburan bukan hanya suka-suka sebaliknya mempunyai misi tertentu.
Danish menerusi akaun Instagram miliknya juga berkongsi empat sebab menyertai program pencarian bakat lakonan dalam sebuah program televisyen.
1. Keluarga
2. Mengekspresi diri sendiri sama ada dari segi bright side mahu pun dark side.
3. Menggunakan ilmu seni mempertahankan diri serta sukan-sukan merbahaya atau berisiko melalui platform ini.
4. Membina personal branding sebagai inspirasi kepada adik-beradik dan generasi rakan sebaya serta membawa unsur-unsur Islamic+urbanic ke dalam bidang ini.
Jaga kelakuan dan batas
Menerusi hantaran yang sama Danish juga turut memanjatkan doa dan berharap agar tingkah lakunya sentiasa terpelihara terutamanya batas sebagai seorang Muslim.
“Demi reda Engkau,ibu-ibu, bapa-bapa ku… Aku mohon janganlah sesekali Engkau serahkan aku pada diriku sendiri dalam segala urusan terutamanya dari segi menjaga solat lima waktu sehari semalam dan juga batas-batas tertentu yang lain-lain sebagai seorang Muslim. Amin,” coretnya.
Dalam pada itu menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya memberikan sokongan dan reaksi positif dengan keputusan Danish.
Selain mendoakan, mereka juga menitipkan pesan agar Danish tidak lalai, dipermudahkan dalam melakukan misi dan membanggakan kedua ibu bapanya.
“Alhamdulillah, insya-Allah Danish, moga menjadi anak muda yang membanggakan ibu-ibu dan bapa-bapa serta adik-adik,” tulis @zek_zekky
“MasyaAllah, good luck Danish Hakim, buat terbaik dengann niat yang baik,” komen @effa2085
“MashaAllah… TabarakAllah… Moga Allah S.W.T, Al-Quran dan Sunnah S.A.W menjadi panduan hidup dalam apa jua yang diceburi. Moga dapat membuat perubahan dalam industri hiburan. Keep it up dik,” doa @asleeynamin