Laman Utama
Ramai Rasa Sayu Bila Izzah Menangis Ketika Bertemu Aisyah Hijanah
Pertemuan antara Naik Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan pempengaruh Aisyah Hijanah telah mencetuskan diskusi dalam kalangan pengguna media sosial pada Isnin.
Menerusi sepotong video yang dimuat naik di platform X, Izzah dilihat berbual dengan Aisyah, sementara wanita yang terkait dengan kontroversi orang ketiga dan polemik rumah tangga itu tekun mendengar kata-kata yang dikongsi oleh tokoh politik tersebut.Kenapa Izzah pulak yang nangis? Aisyah ni pun kiranya kuat jugaklah dia..?pic.twitter.com/fV6Xsa2jMS— Jalal Misai (@jllmisai) December 4, 2023
BERITA TRENDING: Lagi Pendedahan! Individu Dakwa Kakak Kandung Fatin Umaidah Dibuang Keluarga Sebab Tak Setuju Adik Kahwin Dengan Alif Teega
Sebelum mengakhiri pertemuan singkat itu, Izzah dilihat gagal menahan sebak lalu mengalirkan air mata dan terus memeluk Aisyah.
Meninjau ruangan komen, kelihatan beberapa respons positif yang ditinggalkan oleh pengguna media sosial
Difahamkan, pertemuan Izzah dan Aisyah berlaku di pesta buku dengan Aisyah terlibat sebagai salah satu vendor.
Terdahulu, kisah rumah tangga Aisyah dan suaminya, Alif Teega menjadi perbualan dalam kalangan warga Malaysia susulan Alif mengumumkan telah menikah untuk kali kedua ketika Aisyah didakwa sedang hamil.
BERITA TRENDING: Aliff Teega Mengaku Kahwin Dua - “Terima Kasih Isteri Pertama Saya Kerana Bersabar”
Lebih memburukkan keadaan, beberapa perkongsian di media sosial turut mendedahkan yang Alif pernah mengasari Aisyah. Antara perkongsian yang tular baru-baru ini adalah rekod perubatan dari sebuah klinik dan rakaman voice note yang mengandungi suara didakwa milik Aisyah dan Alif.
Must-Watch Video