Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Ramai Rindu Siap Mahukan Konsert Solo! Najwa Latif Komen - “Belum Rasa Layak, Thank You Bagi Potato Ni Rasa Special Tau"

Mya Amri 26/12/2023 | 03:55 MYT

Sebut sahaja nama Najwa Latif pasti benda pertama yang membuatkan ramai teringat adalah lagu popularnya, Cinta Muka Buku.

Kini nama Najwa kembali menjadi perhatian selepas muncul dengan membuat persembahan di sebuah acara baru-baru ini.

Disebabkan itu, netizen mula meluahkan rasa rindu dan berharap agar Najwa dapat membuat konsert solo sendiri.

Najwa menerusi hantaran terbaru di akaun Instagram miliknya juga menyatakan rasa syukur kerana masih diingati dan mendapat sokongan ramai.

Bagaimanapun Najwa dengan rendah diri merasakan dirinya masih belum layak untuk mengadakan sebuah konsert solo.

“Kepada yang sudi, terima kasih kerana membesar bersama saya dan menghargai lagu yang Kak Ika tuliskan untuk saya.

“Pasal konsert ke showcase ke, Wawa belum rasa layak atau mungkin tak pernah layak pun. Haha. Tapi doakan Wawa habis belajar eh?

“Kalau ada rezeki kita jumpa dekat event mana mana, I'll see you when I see you. Thank you tau bagi potato ni rasa special,” tulisnya.

A post shared by OfficialNajwaLatif (@njwalatif)

Dalam pada itu di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat dan berharap agar Najwa dapat melakukan konsert solo.

“Kenapa humble sangat ni… Impact Wawa dulu kuat sangat kot. Wawa cuba buat sekali then tengoklah hasilnya. Just buat macam kecil-kecilan je ke, konsert ke tak tak apa. Cuba je buat yang open, confirm ramai pergi punyalah,” pujuk seorang netizen.

“Tolonglah buat konsert, sekali je, sekali je pun tak ala lah Najwa,” tulis netizen.

“Terima kasih juga untuk kamu Wawa. Terima kasih sebab hadir di masa-masa remaja saya, kamu satu-satunya Malaysian singer saya paling suka. Kalau konsert di Indonesia bagi tahu ya,” coret netizen.

Dalam perkembangan terbaharu, Najwa sedang memberikan fokus kepada pengajian peringkat doktor falsafah.

#Konsert #Netizen #Najwa Latif
;