Laman Utama
Ramai Salah Faham Aksi ‘Benam’ Muka Anak Buah Dalam Kek, Ain Edruce Padam Video
Pelakon dan pengacara Ain Edruce mengambil keputusan untuk memadam video ‘membenamkan’ muka anak buahnya, Ari ke dalam kek hari jadi.
Video tersebut dimuat naik Ain dengan tujuan untuk menunjukkan aksi prank ketika majlis tersebut, namun lain pula jadinya apabila warganet mula mengecam tindakan tersebut.
Rata-rata mereka menganggap tindakan tersebut boleh menyebabkan si kecil menjadi trauma kerana gurauan sedemikian tidak bersesuain dengan Ari yang baru berusia empat tahun.
Ada juga yang berpendapat Ain tidak sensitif terhadap keselamatan Ari yang kemungkinan boleh tercucuk benda asing yang terdapat dalam kek itu.
Reaksi lain yang terdapat pada ruangan komen posting tersebut ialah, warganet berkata gurauan tersebut tidak kelakar dan meluahkan rasa simpati terhadap Ari.
Bagaimanapun, selepas tiga jam posting tersebut dimuat naik, Ain mengambil keputusan untuk memadamnya.
Menerusi hantaran tersebut, Ain memberitahu Ari berada dalam keadaan baik dan mereka (ahli keluarga) tahu cara gurauannya.
“Alaa sian dia. Orang ingat mama Ain buli dia…Haaa…Dia okay je gais.. Don’t worry. They know mama Ain memang suka gurau cam tu. Don’t worry okay semua.
“Nah-nah gambar sopan dia senyum aku tangkap,” tulisnya sambil mengucapkan selamat hari jadi kepada Ari.
Dalam pada itu Ain turut menjelaskan wajah Ari tidak terbenam seperti yang disangka warganet sebaliknya hanya krim kek sahaja yang melekat pada baju Ari.