Hiburan
Ramai Sebak Lihat Maryam Menangis, Suami Beri Kejutan Hadiah Birthday Pakej Umrah - “Bertuah Dapat Lelaki Yang Tepat”
Personaliti media sosial, Maryam You Narae tidak dapat menahan sebak sebaik sahaja menerima hadiah hari jadi yang diberikan oleh suaminya iaitu Ryzal Ibrahim.
Ryzal telah memberikan Maryam kejutan dengan menghadiahkan pakej Umrah buat isteri tercinta.
Menerusi video pendek yang dikongsi, Maryam terlalu gembira sehingga mengalirkan air mata dan memeluk Ryzal sebagai tanda terima kasih.
“Umrah? Betul ke kita pergi umrah? Minggu depan? Alhamdulillah… Tak sabarnya,” ujar Maryam sebak.
undefined
Dalam pada itu ruangan komen hantaran berkenaan dihujani dengan ucapan tahniah buat pasangan yang popular dengan nama Duriankimchi itu.
Antara komen yang diterima adalah:
“Tabik spring lah dengan Ryzal dan Maryam. Maryam berubah 360 darjah. Dapat suami yang tepat, so sweet. Saya pula yang sebak,”
“Alhamdulillah… Maryam berada pada lelaki yang tepat. Semoga Ryzal akan terus membimbing Maryam dan Rina dengan baik. Amin,”
“Ala kita yang sebak tengok Maryam seronok dapat pergi umrah,”
BERITA TRENDING: “Tak Rasa Panas Bila Saya Ikhlas Pakai Tudung” - Cantiknya Maryam Berhijab, Ramai Doa Semoga Istiqomah
BERITA TRENDING: “Anda Rasa Duit Boleh Beli Segalanya Ke?” - Maryam Kecewa, Jenama Terkenal Tak Hormat Siap Suruh Buka Tudung Untuk Photoshoot
Untuk rekod, Maryam dan suaminya, Ryzal Ibrahim telah mendirikan rumah tangga pada 2019 di Korea Selatan sebelum mengambil keputusan untuk pulang ke Malaysia pada 2020.
Selepas lebih setahun mendirikan rumah tangga, Ryzal dan Maryam dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama, Rina.