Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Ramai Simpati Rider Terpaksa Jalan Kaki Motosikal Disita, JPJ Kesan Tiada Lesen

Maliah Surip 13/09/2023 | 21:50 MYT
Viral di media sosial seorang pekerja e-hailing atau penghantaran makanan dilihat terpaksa menggalas beg dan berjalan kaki selepas motosikal yang dinaiki disita dalam sebuah sekatan jalanraya.
Rakaman potongan video tersebut mengundang pelbagai persepsi. Ramai yang bersimpati dengan nasib pekerja p-hailing tersebut kerana tidak mengetahui hal sebenar mengapa motosikalnya terpaksa disita dalam sekatan jalanraya tersebut.
Untuk menghentikan lebih banyak salah faham dan persepsi negatif daripada netizen, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan menerusi kenyataan rasmi menjelaskan kesalahan yang telah dilakukan rider tersebut.
Pihak JPJ Negeri Sembilan memaklumkan sitaan tersebut dilakukan berikutan Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh dan tiada insurans.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, JPJ juga memaklumkan ia dilakukan bertujuan menjaga keselamatan penunggang tersebut dan pengguna jalan raya lain kerana tidak dilindungi insurans.
"Unit Operasi JPJ Negeri Sembilan telah mengadakan Operasi Statik di Jalan Persiaran Negeri, Nilai dekat sini semalam bagi mengesan kesalahan lalu lintas yang dilakukan oleh pengguna jalan raya.
“Sepanjang penguatkuasaan tersebut, pelbagai kesalahan telah dikesan dan diambil tindakan termasuk motosikal yang ditunggang oleh penghantar makanan tersebut," menurut kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu, JPJ sentiasa memandang serius terhadap setiap kesalahan dan individu yang mengabaikan undang-undang atau peraturan, selain akan mengambil tindakan sewajarnya bagi menjaga keselamatan pengguna jalan raya lain.
#Viral #JPJ #Motosikal #E-hailing #Sita #Berjalan
;