Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

"Ramai Tak Jujur" - Neelofa Cadang Letak Gambar Penerima Di Sijil Vaksinasi Digital

Amri Hassan 03/09/2021 | 08:42 MYT
Pelakon dan pengacara popular Neelofa mencadangkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) agar mewujudkan ruangan foto penerima pada sijil vaksinasi digital.
Cadangan itu dirasakan relevan bagi mengelakkan penyamaran atau penipuan individu yang belum divaksin.
"Cadang untuk letakkan juga profil gambar di sijil… sebab ramai yang tidak jujur," katanya menerusi hantaran di Instagram Stories.
Neelofa turut mengulang siar makluman dari akaun Kementerian Komunikasi & Multimedia Malaysia (KKMM) berhubung pesanan kepada pelanggan untuk menunjukkan bukti kad sijil digital vaksinasi lengkap dari aplikasi MySejahtera dan bukan tangkap layar.
Untuk info, langkah selamat itu bagaimanapun tertakluk kepada negeri-negeri Fasa 1 dan 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN).
#Viral #Neelofa #Gambar #Digital #Sijil #Cadangan #Vaksinasi
;