Hiburan
Ramai Terinspirasi Dengan Pengalaman Breastfeeding, Ika Nabella Bantu Para Ibu Yang Mahu Susukan Bayi Secara Ekslusif
Pelakon Ika Nabella akui terharu apabila ramai golongan ibu yang mengucapkan terima kasih kepadanya kerana sering berkongsi tips untuk menyusukan anak secara ekslusif.
Ika berkata dia mula berkongsi mengenai penyusuan bayi di laman sosial Instagram (IG) selepas beberapa jam melahirkan Muhammad Noah Zayn.
“Kali pertama breastfeeding, saya memang kongsi di IG Story sebab niat saya masa tu supaya ia menjadi pembakar semangat untuk diri sendiri dan sentiasa rasa positif walaupun masa tu tak tahu nak dapat banyak mana,” katanya berkongsi pengalaman.
Bagaimanapun kata Ika dia berdepan tekanan apabila volume susu berkurangan sehingga menyebabkan ibunya risau.
“Alhamdulillah, hari pertama susu meriah! Sampai doktor cakap ‘EXCELLENT’ tapi hari kedua susu drop sampai ada tanda-tanda kurang susu, baby kurang buang air dan tidak kenyang.
“Bila susu drop saya memang stress nangis dan rasa down sangat sampai saya minta maaf dekat Noah. Mak saya risau tengok keadaan saya sebab takut anak dia meroyan.
“Memang kalau ingat balik moment tu rasa macam…Eehhh aku ni meroyan ke sedih sangat sebab takda susu? Itu pun saya kongsi di IG Story sebab nak orang aware it’s not easy to start breastfeeding. Memang susah,” katanya kepada Gempak.
Tambah Ika, dia bersyukur kerana sentiasa mendapt sokongan suami dan ibu yang sentiasa memberikan semangat dan galakan supaya tidak berputus asa.
“Sepanjang berpantang, mak tolong buat air rebusan untuk tambah dan pekatkan susu. Tak sangka, makin diamalkan makin menjadi, sehingga sekarang ada tiga freezers stock susu untuk Noah Zayn.
“Mak juga inspirasi buat saya nak keluarkan sendiri minuman laktasi Innate Lactea untuk para ibu yang ingin menambah susu badan.
“Bahan-bahannya merupakan resipi turun temurun arwah Opah yang ika amalkan amalkan sejak melahirkan. Ia merupakan minuman laktasi dengan sembilan ramuan yang Insya-Allah dapat membantu memekatkan dan memperbanyakkan susu ibu.
“Bukan itu saja minuman kesihatan ini sangat baik untuk memberi aura positif kepada ibu hamil dan menyusu,” katanya.
Dalam pada itu Ika turut menasihati para ibu di luar sana supaya sentiasa positif jika serius mahu menyusukan secara ekslusif.
“Niat saya bukan untuk menunjuk. Mulanya untuk semangat sendiri dan bila orang bagi respond positif saya rasa happy.
“Tips saya ialah mommies kena sentiasa positif jika mahu memberikan anak susu badan. Stress is the biggest killer in breastfeeding!
“Awal-awal dulu ada je yang hantar DM perli saya dan cakap minum susu tepung pun anak jadi manusia juga. Tapi saya ketepikan benda-benda negatif tu, yang kata saya show off pun ada je.
“Tapi saya kuatkan semangat sebab yang tak suka cuma 1% yang rasa terinspirasi 99%. Ada yang DM nangis-nangis minta saya bagi semangat dan kongsi tips.
“Jadi kepada ibu-ibu di luar sana ingat ya, kalau kita berjaya mengandung dan melahirkan kita pasti berjaya menyusukan.
“Selain support system yang kuat, nutrisi dan makanan tambahan juga perlu cukup untuk membantu kilang susu kita beroperasi. Amalkan Innate Lactea juga ya.
“Nak tahu lebih lanjut mengenai Innate Lactea bolehlah ke @innateofficialhq ya,” katanya.