Hiburan

Rambut Blonde Ditegur Menteri, Pasha Ungu Botakkan Kepala

Kamaruddin Razal
03/08/2020
11:16 MYT
Sponsor Banner
Rambut Blonde Ditegur Menteri, Pasha Ungu Botakkan Kepala
Gara-gara ditegur oleh Menteri Dalam Negeri Indonesia, Tito Karnavian kerana mewarnakan rambut dengan rona perang muda, penyanyi Pasha Ungu membotakkan kepalanya.
Memetik laporan TribunNews, Tito menegur Pasha atau nama sebenarnya, Sigit Purnomo Said kerana kedudukannya sebagai wakil rakyat bagi daerah Kota Palu.
Tindakan vokalis kumpulan Ungu itu mewarnakan rambutnya dalam rona blonde dikatakan tidak sesuai dengan statusnya sebagai seorang ahli politik.
Tindakan Pasha mewarnakan rambutnya adalah untuk mengubah penampilannya bagi menjayakan rakaman muzik video untuk lagu baru kolaborasinya dengan band Fladica.
Terkini, lagu kolaborasi kedua Pasha denagn Fladica, Jangan Menangis Lagi sudah mula dilancarkan di YouTube.
Pasha memberikan kepercayaan kepada Datu Entertainment untuk memasarkan lagu terbabit secara digital di Malaysia.
Sumber: Tribunnews
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar