Laman Utama

Ramlah Ram Pun Pernah Terduduk, Tak Boleh Menyanyi Kerana Emosi

Amri Hassan
03/08/2022
02:55 MYT
Sponsor Banner
Ramlah Ram Pun Pernah Terduduk, Tak Boleh Menyanyi Kerana Emosi
Penyanyi Ramlah Ram akui pernah larut dalam emosi ketika menyanyi hingga terduduk dan terpaksa berhenti daripada meneruskannya.
Jelas Ramlah, 57, bagaimanapun situasi itu biasanya berlaku ketika sesi rakaman di studio dan ia berjaya dikawal apabila membuat persembahan pentas.
"Saya pernah terduduk dan tak dapat teruskan nyanyian kerana lirik yang mengudang rasa sebak. Ketika itu saya di dalam studio rakaman bersama komposer Fauzi Marzuki.
"Memang bukan perkara yang mudah namun sebagai penyanyi kita kena bijak kawal emosi. Emosi itu penting tapi jangan sampai menggangu nyanyian," katanya kepada Gempak.
Ramlah ketika ditemui di majlis sambutan hari jadi komposer popular S. Atan di Royale Chulan Damansara baru-baru ini menambah, setiap penyanyi perlu tahu mengawal emosi dan perasaan sebak ketika membuat persembahan.

Ramlah Ram tak minum ais & makanan berminyak

Bagi pelantun lagu Kau Kunci Cintaku Di Dalam Hatimu, dirinya bersyukur dengan anugerah yang diberikan oleh Allah itu dan menjadi tanggungjawab bagi dirinya agar sentiasa menjaga suara kerana menjadi punca rezekinya.
"Saya bersyukur kerana masih diberikan kesihatan dan masih boleh menyanyi. Pada saya kita sebagai penyanyi kena selalu jaga suara kerana ia sumber rezeki kita. Jadi kena buat apa saja yang sebaik mungkin untuk memastikan suara berada dalam keadaan baik.
"Macam saya memang tidak minum ais serta bila hampir dengan hari persembahan saya akan berjaga-jaga dengan makanan yang berminyak. Itu saya dan orang lain ada cara masing-masing," tambahnya.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar