Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Rancang Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Dengan Lebih Konsisten, Eh Ada Diskaun Sehingga 15% Tau!

Fiza Kamarudin 05/01/2022 | 04:43 MYT

Dalam pembentangan Bajet 2022, Kerajaan bersetuju memberikan diskaun bayaran balik pinjaman kepada peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)

Ada pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk memudahkan proses bayaran balik pinjaman PTPTN ni tau!
Korang boleh pilih nak buat bayaran secara:
1. Potongan gaji
- hanya perlu layari https://www.ptptn.gov.my/potonggajionline/ dan isikan nombor kad pengenalan baharu untuk tujuan carian
- korang akan dibawa muka surat seterusnya yang tertera butiran maklumat anda dan klik butang ‘mohon’
- Ikut arahan seterusnya. Mudah kan?
2. Debit terus (direct debit)
- layari https://www.ptptn.gov.my/direct_debit/direct_debit.html dan ikuti tiga langkah mudah untuk membuat bayaran semula. Tak perlu beratur di kaunter atau berdiri lama-lama…Semuanya di hujung jari je!
Ada tiga kategori diskaun untuk bayaran balik pinjaman PTPTN korang:
Bagi kategori pertama, peminjam yang membuat penyelesaian penuh pinjaman layak mendapat diskaun sebanyak 15 peratus atas baki hutang.
Peminjam yang membuat bayaran sekurang-kurangnya 50 peratus daripada baki hutang dalam sekali bayaran pula, diberikan diskaun 12 peratus.
Bagi kedua-dua kategori ini, peminjam perlu mendapatkan pengesahan baki hutang melalui portal rasmi PTPTN atau menghubungi Eksekutif Pemasaran PTPTN di https://www.ptptn.gov.my/hubungi-ptptn.
Sementara itu, kategori ketiga pula membabitkan diskaun 10 peratus untuk bayaran balik melalui potongan gaji atau debit terus (direct debit) mengikut jadual.
Peminjam yang sedang membuat bayaran balik pinjaman melalui potongan gaji atau debit terus (direct debit) juga layak menerima diskaun 10 peratus tertakluk kepada bayaran balik yang diterima oleh PTPTN mulai 1 November 2021 hingga 30 April 2022.
Insentif diskaun akan dikemas kini dalam akaun pinjaman peminjam pada setiap akhir bulan dan peminjam boleh membuat semakan penyata masing-masing mulai tujuh hari bulan pada bulan berikutnya.
Rebutlah peluang ini untuk membayar semula pinjaman PTPTN anda dan gunakanlah insentif diskaun yang ditawarkan ini sebaik mungkin.
Rancanglah bayaran balik pinjaman dengan lebih konsisten demi kelestarian generasi akan datang.
PTPTN sentiasa komited dan bersedia untuk membantu peminjam selaras dengan inisiatif #PTPTNSediaBantu.
Untuk sebarang pertanyaan, peminjam boleh melayari portal rasmi PTPTN di ruangan Soalan Lazim atau hubungi PTPTN melalui saluran berikut:

#Advertorial #PTPTN #Pembayaran Balik PTPTN #PTPTN Diskaun
;