Advertorial
Rangkul 3 Anugerah Di Putra Brands Awards 2024, Farm Fresh Terus ‘Mendonia’
Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Farm Fresh Berhad, Azmi Zainal meluahkan rasa syukur apabila jenama tenusu Farm Fresh berjaya merangkul tiga anugerah di Putra Brand Awards 2024.
Menurut Azmi atau lebih mesra disapa sebagai Boss Susu, pihak Farm Fresh sendiri tidak menyangka akan merangkul anugerah Platinum Award in Beverage - Dairy untuk tahun keempat sekali gus membawa pulang anugerah Putra Brand Icon.
“Kami dari Farm Fresh memanjatkan syukur kepada Allah SWT kerana kami sendiri tidak sangka boleh menang sampai tiga anugerah.
“Tapi yang paling kami terkejut apabila kami berjaya merangkul Platinum Award in Beverage - Dairy sebab kami kena bersaing dengan syarikat M&C yang lain. Dan disebabkan kami sudah memenangi kategori itu sebanyak empat kali kami berjaya bawa pulang Putra Brand Icon pada malam itu.
“Ini adalah satu penghargaan kepada usaha keras Farm Fresh dan membuktikan juga bahawa jenama tempatan boleh pergi jauh daripada jenama M&C,” kata Azmi.
Pada masa sama, Farm Fresh yang juga merangkul anugerah Putra Malaysian Marketer of the Year menyatakan sebagai pengeluar jenama minuman mereka sentiasa mengikut cara pemasaran terbaharu untuk menarik minat pelanggan. “Cara pemasaran kini sudah berubah, bagi syarikat seperti kami kita harus ikut trend.
“Selagi kita boleh ikut trend dan batas-batas pemasaran yang baik saya ingat kita tiada masalah cuma kita memang perlu adaptasi cara pemasaran yang baharu seperti kolaborasi dengan sosial media, syarikat penyiaran dan perlu berhati-hati juga semasa membuat pelaburan dalam pemasaran lebih-lebih lagi bila kita melabur untuk syarikat penyiaran kerana kita perlukan ia memberi impak dan generate kepada jualan,” ujarnya.
Terdahulu, Farm Fresh Berhad sekali lagi dinobatkan sebagai jenama tenusu nombor satu di Malaysia, dengan memenangi Anugerah Platinum tahun keempat berturut-turut dalam kategori Minuman-Tenusu di Malam Gala Putra Brand Awards 2024 yang berprestij sejak kemenangan pertama mereka pada tahun 2021.
Farm Fresh turut menerima anugerah Putra Malaysian Marketer of the Year, atas usaha tanpa henti memperjuangkan inovasi dan kreativiti dalam membina jenama mereka,serta gelaran Putra Brand Icon atas pencapaian meraih Anugerah Platinum untuk empat tahun berturut-turut.
Ditubuhkan pada tahun 2009, Farm Fresh telah berkembang menjadi salah satu jenama tempatan paling ikonik di Malaysia.
Kini, Farm Fresh mengendalikan ladang tenusu yang luas meliputi lebih daripada 5,000 ekar tanah di Malaysia dan Australia, dengan jumlah melebihi 11,000 ekor lembu tenusu dan lembu jantan.
Tahniah Farm Fresh!