Bollywood
Ranveer Singh Mengaku Hilang Teruna Ketika Berumur 12 Tahun
Bintang terkenal Bollywood, Ranveer Singh mendedahkan dia telah hilang keperawanan ketika berusia 12 tahun lagi.
Jelasnya, kejadian itu berlaku dengan seorang wanita yang lebih tua daripadanya atas dasar ingin tahu.
"Seingat saya ketika umur 12 tahun saya 'melakukannya'. Saya masih bersekolah dan hubungan seks itu berlaku bukan kerana cinta atau nafsu tetapi sekadar ingin tahu.
"Ya, saya bermula lebih awal berbanding rakan-rakan lain.
"Kalau di sekolah, saya dilabelkan budak jahat oleh penjaga pelajar lain.
"Jadi, saya diibaratkan sebagai sumber rujukan kepada pelajar lain untuk mengajar mereka," katanya ketika ditemu bual bersama Deccan Chronicle.
Tambah pelakon filem Bajirao Mastani itu, dia sering menjadi tumpuan pelajar perempuan di sekolahnya gara-gara nampak lebih matang berbanding pelajar lelaki lain.
"Saya kelihatan lebih seksi pada usia masih muda," ujarnya.
Sumber: India TV