Laman Utama
Rapper Mexico Dakwa Jadi Manusia Pertama Implan Emas Ganti Rambut Di Kepala
Seorang pemuzik dan rapper dari Mexico, Dan Sur mendakwa dirinya menjadi manusia pertama yang menanam rantaian emas di kepalanya sebagai pengganti rambut.
Rapper yang dikategorikan sebagai budak baru nak up itu mendedahkan hal tersebut menerusi platform Tik Tok miliknya yang diikuti oleh lebih 1.9 juta pengguna.
"Saya menanam rantaian emas dalam kepala dan semuanya disangkutkan di tengkorak saya," ujarnya seperti dilaporkan New York Post.
Sur kemudian mendakwa: "Ini rambut saya. Rambut emas. Saya adalah rapper pertama yang membuat implan rantaian emas dalam sejarah manusia."
Pada 6 September lalu, Sur melancarkan klip video untuk single terbaharunya berjudul Oro. Dalam klip video tersebut, Sur mempamerkan penampilan dengan rambut rantaian emasnya.
Sementara itu menerusi laporan Caracol TV, artis berusia 23 tahun melakukan implan tersebut pada April tahun ini. Bagaimanapun kos melakukan implan tersebut tidak dinyatakan.
Kata Sur dia memilih melakukan implan tersebut kerana mahukan kelainan.
"Sejujurnya apa yang saya mahu lakukan adalah sebuah kelainan sebab saya melihat semua orang mewarnakan rambut mereka.
"Jadi saya harap tak ada yang meniru gaya saya ini," katanya lagi.
Untuk rekod, pada Februari lalu, rapper Lil Uzi Vert telah menanam sebutir berlian pada bahagian dahinya.
Instagram: @dansurig