Laman Utama

Ras Adiba Akui Kahwin Kali Kedua Dengan Mantan Suami

Izwan Isa
03/06/2022
16:50 MYT
Sponsor Banner
Ras Adiba Akui Kahwin Kali Kedua Dengan Mantan Suami
Bekas personaliti TV, Datuk Ras Adiba Radzi mengakui kembali bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Mohamed Azam Ali buat kali yang kedua semalam.
Memetik mStar, Ras, 54, berkata, dia berasa bersyukur kerana majlis pernikahan mereka yang diadakan di Jabatan Agama Islam Persekutuan (JAWI), Kuala Lumpur telah berjalan dengan lancar.
“Ya, benar… saya berkahwin semula dengan orang yang sama. Kami pernah bercerai dan berkahwin semula. Alhamdulillah, jodoh antara saya dan suami sangat kuat.
“Syukur Alhamdulillah… majlis pernikahan kami yang diadakan di Jawi, KL pada 12 tengah hari semalam juga berjalan dengan lancar.
“Kami kenal sejak tahun 86 ketika masih bertugas di stesen telesyen swasta,” katanya.
Ras mengulas mengenai beberapa keping fotonya bersama suami yang disertakan ucapan tahniah dipercayai di majlis pernikahan mereka tersebar di media sosial.
Mengulas lanjut, Ras memilih untuk merahsiakan mengenai perceraian mereka kerana menganggap ia sebagai perkara peribadi yang tidak perlu dikongsikan kepada umum.
“Tak perlu. Kami bercerai pun kami tak beritahu orang. Ini hal peribadi. Biar sahaja begitu, kerana setiap kita punyai jalan cerita masing-masing.
“Biar kita saling menghormati. Janji semua selamat,” ujarnya.
Terdahulu, Ras yang merupakan Ahli Dewan Negara itu mendirikan rumah tangga dengan Mohamed Azam Ali pada 16 Mac 2019 di Masjid Jamek Al Khadijah, Pantai Dalam, Kuala Lumpur.
Ras pernah berkahwin sebelum ini dan mempunyai dua orang cahaya mata manakala Mohamed Azam juga dikurniakan enam anak hasil daripada perkahwinan terdahulu.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar