Rasa Burn Out & Stress Melampau, Cuba Ubah Rutin Harian, Mungkin Cara Simple Ini Buat Emosi Lebih Baik
Tidak dinafikan kadang-kadang apabila bekerja seharian ditambah pula dengan menguruskan hal rumah tangga boleh menyebabkan seseorang itu menjadi terlalu penat.
Lebih-lebih buat pasangan yang sudah memiliki anak, ada waktunya agaj sukar bagi mereka untuk membahagiakan masa antara kerja, anak-anak dan juga me time.
Busy-busy juga tetapi perlu tahu ya, mental dan emosi juga perlu dijaga jadi mungkin sedikit sebanyak perkongsian individu bernama Pn Mimi di akaun Facebook ini sedikit sebanyak boleh dijadikan panduan.
Perkongsian ini juga telah dikongsi kembali oleh majalah Pa&Ma baru-baru ini.
Menurut Pn Mimi, antara salah satu dari 9 tips mahu membuatkan mental dan jiwa tenang sepanjang hari adalah dengan bangun dan mandi sebelum subuh.
Di bawah merupakan tips mudah untuk membiasakan diri bangun subuh:
#Azam
Sentiasa azam bila tengok yang kita tampal tu. Kita azam buat kerana Allah, maknanya Allah masih dekat dengan kita. Alhamdulillah….
#Mandi Sebelum Subuh
#Siapkan Plan/Susun Kerja Seharian Sebelum Subuh
#Kurangkan Media Sosial
#Fokus Perbaiki Diri
Tahun lepas saya azam nak mandi sebelum subuh, tampal kat cermin, berjaya amal 40 hari baru buka dan buang dengan rasa syukur, walaupun mandi jer pun.
#Sedekah Setiap Pagi
Memberi tak semesti dengan duit, share ilmu, kongsi resipi memasak. Apa-apa perkara yang ada kebaikan dan manfaat untuk orang lain.
#Senyum
#Bersenam
Cuba dengan banyakkan solat sunat. Bersenam sebelum subuh, solat sunat taubat, solat tahajud, sunat hajat dan istiqarah.