Hiburan
Rasa Dah Tidak Releven, Rossa Dedah Pernah Mahu Bersara, Jual Aset & Pindah Negara
Penyanyi popular Indonesia, Datuk Sri Rossa tampil membuat pendedahan pernah mahu mengundurkan diri daripada karier seni kerana berasa sudah tidak releven.
Malah, dia turut pernah berfikir untuk menjual aset-asetnya dan mahu berpindah ke luar negara bagi memulakan hidup baharu.
“Waktu ketika zaman tahun 2015 hingga 2016 itu pemikiran saya sudah tidak tahu lagi nak buat apa, saya rasa seperti tidak releven lagi mungkin saya artis sudah lama, jadi saya taktahu nak buat lagu seperti apa lagi kerana lagu-lagu yang saya juga seperti berulang.
“Jadi saya rasa macam nak jual aset saya, saya rasa tak percaya diri jadi di saat itu saya nak berhenti sahaja dan nak jual aset dan saya rasa mahu jadi karyawan sahaja. Di Indonesia juga ada artis lain yang bagus.
“Bila pindah kei luar negeri, saya fikir saya nak bina perusahaan apa-apa dan mahu mulakan hidup dari awal,” kongsinya.
Perkara tersebut didedahkan sendiri oleh Rossa sewaktu sidang media di Majlis Gala Night Filem Dokumentari All Access To Rossa 25 Shining Years.
Untuk info, filem dokumenteri persembahan Time International Films, "All Access to Rossa 25 Shining Years" yang diarahkan oleh Ani Ema Susanti akan mula ditayangkan di seluruh pawagam Indonesia bermula 1 Ogos 2024.
Film dokumenteri yang diproduksi oleh Inspire Pictures dan Sinemaku Pictures ini menyorot perjalanan karier Rossa sebagai salah satu diva legendaris Indonesia.
Film dokumenter "All Access to Rossa 25 Shining Years" juga akan membawa penonton memasuki sisi lain dari sosok Rossa yang belum pernah terungkap sebelumnya.
Mulai dari awal perjalanan karier Rossa, perjuangannya menjadi seorang ibu untuk anak laki-lakinya, hingga kisah di balik konsert tunggal "25 Shining Years Concert" pada tahun 2022 yang menandai 25 tahun perjalanan karier Rossa di industri musik Indonesia.
#Penyanyi
#Dokumentari
#Indonesia
#Rossa
#muzik
#Bersara
#Relevan
#All Access To Rossa 25 Shining Years
#Jual aset