Berita

"Rasa Juga Nikmat Bersalin Normal Tu Macam Mana" - Isteri PU Abu Kongsi Cerita Tak Mahu Beranak Secara Caesar Lagi

ZULHILMI JALIL
13/02/2020
07:54 MYT
Sponsor Banner
"Rasa Juga Nikmat Bersalin Normal Tu Macam Mana" - Isteri PU Abu Kongsi Cerita Tak Mahu Beranak Secara Caesar Lagi
Isteri kepada pendakwah kontroversi, Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan, Hana Azraa meluahkan rasa gembiranya apabila impiannya untuk melahirkan anak secara normal kali ini termakbul.
Ini kerana menurut Hana, sewaktu bersalin anak pertama menerusi perkahwinan terdahulu, doktor pernah memaklumkan kepadanya dia berkemungkinan tidak berpeluang untuk bersalin secara normal.
"Aisyah dulu menerusi caesar sebab doktor beritahu tulang punggung saya sempit. Tapi masa tu bukaan dah 10 sentimeter dan terlalu lama saya berada di dewan bersalin. Dari 6 pagi sampai ke 3 petang tak silap. Jadi saya memang dah lemah dan bayi apa entah lagi kan. Jadi, doktor buat keputusan untuk caesar sahaja.
"Tapi itulah, rezeki Mateen. Saya rasa juga nikmat bersalin normal tu macam mana. Sebab kalau berdasarkan apa yang doktor cakap masa bersalin Aisyah tu saya macam tak ada peluang je nak normal.
"Sebaik saya dapat tahu mengandung anak kedua ini, memang hari-hari berdoa nak bersalin normal," ceritanya.
Hana berkongsi hal tersebut menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram Story miliknya sebagai menjawab pertanyaan netizen mengenai pengalamannya bersalin.
Hana selamat bersalin anak keduanya pada 1 Februari lalu.
Perkara tersebut hanya dikongsikan pasangan itu selepas tujuh hari kemudian dengan memberikan nama bayi mereka, Muhammad Uwais Al-Mateen.
BACA: Diam-Diam Rupanya Isteri PU Abu Sudah Bersalin, Tayang Wajah & Namakan Anak Kedua Muhammad Uwais Al-Mateen
Hana yang berstatus janda anak seorang mendirikan rumah tangga dengan PU Abu pada Mei lalu.
PU Abu mempunyai seorang lagi cahaya mata, Muhammad Adam Aysar hasil perkahwinan pertamanya dengan Ain 'Afini yang diceraikannya ketika wanita itu mengandung.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar