Hiburan

"Rasa Lemah Sebab Hidung Berdarah Tak Henti .." - Syifa Melvin Jalani Pembedahan Sinus

Zulaikha Yusof
23/01/2020
00:30 MYT
Sponsor Banner
"Rasa Lemah Sebab Hidung Berdarah Tak Henti .." - Syifa Melvin Jalani Pembedahan Sinus
Pelakon Syifa Melvin atau nama sebenarnya, Nur Syifa Athirah Amirol Melvin, 26, telah menjalani pembedahan sinus semalam.
Ketika dihubungi Gempak, Syifa menyatakan dia masih dalam keadaan lemah kerana berlaku pendarahan.
""Saya telah menjalani pembedahan sinus semalam, Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.
"Cuma lepas pembedahan tu rasa lemah sebab hidung berdarah tak henti.
"Kalau dari segi pernafasan dah okey semuanya," katanya.
Menerusi laman Twitter miliknya, adik kepada aktres Syatilla Melvin ini akui pada awalnya berasa takut untuk melakukannya.
"Esok adalah hari yang saya paling gementar kerana tidak pernah menjalani sebarang pembedahan dalam hidup.
"Dok tangguh dari tahun lepas lagi, takut gila post surgery dia," tulis Syifa.Semalam, Syifa telah memuat naik sekeping foto ketika berada di sebuah hospital swasta.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar