Laman Utama
“Rasa Macam Air Fanta Oren”- Ibu Hamil Cemburu Air Gula Wawa Zainal Nampak Sedap!
Pelakon Wawa Zainal memaklumkan dia terpaksa membuat pemeriksaan gula dalam darah bagi kehamilan ke empat kali ini.
Wawa berkongsi pengalamannya yang diberi air gula untuk memantau diabetes gestasi atau gestational diabetes mellitus (GDM).
“My first time kena minum air gula utk cek GDM.
“Hamil sebelum ni tak pernah…mommies uall dapat bacaan berapa? Wawa punya ni sangat rendah kan…padahal hantu coklat,” katanya.
Isteri kepada aktor Aeril Zafrel itu berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Dalam kemas kini tersebut dia memuat naik rakaman videonya ketika minum air gula dalam botol berwarna oren.
Namun entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya terutama kaum ibu yang sedikit pelik apabila mendapati air gula yang diminum berbeza dengan mereka sebelum ni.
“Tapi air gula bos ni macam sedap jaa ,macam air oren,” tanya salah seorang pengikutnya.
“Kira okay la air gula macam tu kalau kita air gula yang suam tu werk nak muntah,” komen salah seorang netizen.
“Air gula saya tak ada warna,” kata salah seorang warga maya.
Wawa tidak mendiamkan diri malah turut membalas dan berkongsi rasanya selepas diberi air gula tersebut.
“Ya rasa macam air fanta oren..Lepas minum je terus berpusing kepala rasa,” jawabnya.
Sekadar info, Wawa dan Aeril yang berkahwin pada tahun 2012 itu telah dikurniakan tiga orang cahaya mata.
***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!
Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!