Hiburan
"Rasa Macam Manusia Paling Tak Berguna, Mabuk Ubat Selesema" - Misha Omar Rehat Seminggu Selepas AJL33, Now Back To Work!
Penyanyi popular Misha Omar mendedahkan dia mengambil masa seminggu untuk berehat selepas selesai Anugerah Juara Lagu ke-33 (AJL33) pada 3 Februari lalu.
Sepanjang tempoh rehat seminggu itu Misha memberitahu selama dua hari dia berdepan situasi 'mabuk ubat selesema'.
Namun, Misha bertuah kerana dibantu oleh suaminya, Firos Ezzwan Rossly yang menjaga anak-anak mereka.
"Setelah seminggu berehat saya menggagahkan diri keluar bekerja, saya ada kelas bersama Datuk Syafinaz untuk Konsert Soul Sisters.
Dalam seminggu berehat, dua hari rasa macam manusia paling tak berguna. Mabuk ubat selesema you all. Tidur bangun tidur bangun.
Nasib baiklah suami I ada, kalau tak ada I tak tahu apa jadi kat anak-anak I. Nasib baiklah dia cuti, so dia boleh jaga anak-anak I boleh jaga diri sendiri," katanya menerusi Instagram Stories baru-baru ini.
Mengimbas semula kenangan AJL33, Misha memenangi kategori Vokal Terbaik dan tempat ketiga menerusi lagu Sampai Bila.
Manakala, dalam perkembangan terkini Misha bakal muncul dalam konsert berskala besar Soul Sisters bersama Siti Sarah dan Noryn Aziz pada 5 dan 6 April depan di Istana Budaya.
Foto: Glam Lelaki, IG Misha Omar
Video: IG Misha Omar