Berita
Rasa Mual, Tangan Jadi Sejuk Teramat Tapi Akhirnya Amy Search Berjaya Tawan Puncak Annapurna
Kehebatan penyanyi rock terkenal, Amy Search bukan saja pada vokalnya tapi kini beliau berbangga dengan pencapaian menawan antara puncak gunung tertinggi di dunia, Annapurna, Nepal baru-baru ini.
Kisah pendakian penuh mencabar ini dikongsi Amy menerusi Instagram (IG) akaunnya sejak 7 April lalu ketika mula menjejakkan kaki di Kathmandu.
Jelasnya, perjalanan ke Annapurna Base Camp (ABC) mengambil masa selama 4 hari dan lebih istimewa dia turut ditemani isterinya, Norhasniza Hassan.
Ekspedisi tersebut bukan semudah yang disangka kerana Amy juga ketika sampai di Machhapuchhre Base Camp, dia tiada selera untuk makan tengahari kerana mengantuk dan rasa mual.
Di sebalik perjalanan tersebut, Amy berkesempatan sedekah buku dan coklat untuk kanak-kanak ketika mereka singgah di kawasan Chomrong, Annapurna yang terdapat sekolah kecil seperti sebuah pondok durian.
Dalam satu entri statusnya itu, Amy memberitahu tangan berasa sejuk teramat selepas salji berhenti ketika jarak ABC hanya 200 meter.
"Cuaca bertmbah sejuk lgi bila kabus mula turun dn ABC dh tiada dlm pandangan. Jika sblom ni setiap 10langkah aku berhenti kelelahan tpi kini 3langkah aku berhenti amik nafas.
"3langkah degupan jantung aku rasakn mcm baru lps lari 100meter. Ini sema sbab oksigen yg smakin nipis. Memang gila tpi aku tk gila, aku tk pernah ada rasa putus asa atau kesal dn aku tau aku akn smpai di situ, ini impian aku," katanya.
Nyata, semangat Amy pada usia emas cukup kental untuk berusaha menawan puncak gunung ABC dan ia sepatutnya menjadi pembakar semangat pada orang lain untuk berjaya sepertinya.A post shared by Suhaimi A Rahman (@aku.amysearch) on
Teks oleh: Elrafaei Sapi
Foto: IG @aku.amysearch
Must-Watch Video