Hiburan
“Rasanya Dia Lagi Fasih Daripada Saya” - Zahirah Macwilson Akui Penting Anak Tahu Bahasa Melayu
Pelakon, Zahirah Macwilson akui berasa kagum melihat anak sulungnya, Isaac Raees bertutur dalam bahasa Melayu dengan lancar.
Bertutur bahasa melayu di rumah
Berkongsi perkara itu menerusi satu temu bual bersama majalah Keluarga, Zahirah berkata amat penting bagi dirinya untuk Isaac mengetahui bahasa kebangsaan.“Sebab bahasa inggeris kita belajar di mana-mana seperti di sekolah dan juga kawan-kawan. Saya sangat kagum dengan kebolehan dia berbahasa melayu,” ujarnya.“Saya rasa dia lagi fasih daripada saya, dekat rumah memang dia cakap bahasa melayu. Saya rasa sebab di rumah ada helper dan juga the nanny yang juga bertutur dalam bahasa melayu sahaja.“Jadi dia belajar dengan cepat, saya rasa sangat sangat penting untuk kita pastikan dia tahu bahasa ibunda dan fasih berbahasa melayu.
Terdahulu, Isaac mendapat perhatian netizen kerana fasih dan gemar bertutur dalam bahasa Melayu.
Rata-rata netizen memuji Zahirah kerana masih menerapkan budaya dan adab Melayu kepada anaknya walaupun berdarah kacukan.
ARTIKEL BERKAITAN:Netizen Puji Zahirah MacWilson Tetap Cantik Walaupun Rambut Serabai Ketika Berpantang - "Aku Baby 6 Minggu Macam Kena Dera Laki”
ARTIKEL BERKAITAN:Zahirah, Aiman Selamat Menyambut Kelahiran Anak Ke-2, Inara Raisa
ARTIKEL BERKAITAN:"Papa Nyaris-Nyaris Nak 'Cemarkan' Majlis" - Zainol Macwilson Dedah Kejadian Malam Ijabkabul Aiman, Zahirah
ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] Amelia, Anna Jobling Macam Kembar, Netizen Suruh Berlakon Adik-Beradik- “Letak Zahirah Sekali Jadi Kakak Sulung Please”
ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] Zahirah MacWilson Akui ‘Muka Tak Malu’ Luah Perasaan Dekat Aiman Hakim Melalui Amelia Henderson
Must-Watch Video