Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

“Rasanya Seperti Di Itali” - Lancar Aiskrim, Uniknya Nama Perisa Ciptaan Pak Nil!

Azwa Rahman 24/09/2020 | 12:02 MYT
Selebriti serba boleh terkenal Datuk Aznil Haji Nawawi melakar sejarah apabila tampil dengan perisa aiskrim miliknya tersendiri.
Mencipta perisa ‘CinNILmon Roll’ bersama Crème De La Crème (CDLC), Aznil atau lebih mesra disapa sebagai Pak Nil akui dia sememangnya penggemar Cinnamon Roll dan lebih istimewa, dia membuat rotinya sendiri.
“Sejak kecil saya merupakan seorang yang gemarkan makanan manis dan dah lama nak mereka aiskrim sendiri.

Paknil akan keluarkan Aiskrim perisa pilihan Paknil dalam masa terdekat kerjasama dengan @mycdlc Perisa Cinnamon Roll yg Paknil panggil CinNILmon Roll!!! Creative tak?? Tunggu tauuuuuu!!!!

A post shared by Datuk Aznil Hj Nawawi (@aznilnawawihm) on

“Saya sering bayangkan betapa indahnya kalau saya boleh berkongsi pengalaman gastronomi dengan semua rakyat Malaysia, di mana mereka dapat merasa aiskrim yang saya suka,” jelas Pak Nil menerusi satu kenyataan.
Tambahnya lagi, dia mengambil masa hampir sebulan untuk mereka dah membuat kajian perisa aiskrim tersebut bersama chef CDLC.
“Masa mula-mula diperkenalkan kepada CDLC oleh seorang teman baik yang juga merupakan peminat aiskrim jenama itu, saya terus jatuh cinta dengan karakter aiskrim mereka.
“Aiskrim CDLD Sangat segar, lembut dan sedap. Ia mengingatkan saya kepada aiskrim yang berkualiti tinggi yang saya pernah nikmati di Itali.
“Saya berkesempatan bertemu dengan pemiliknya dan rupanya kami berkongsi pemahaman dan visi yang sama tentang pencuci mulut yang sedap. Dan dari situlah perjalanan mengapai impian saya jadi kenyataan,” jelas Pak Nil lagi.
Aiskrim perisa CinNILmon Roll boleh didapati di cawangan CDLD berdekatan anda untuk masa terhad.
#Aznil Haji Nawawi #Aiskrim #Cinnamon roll
;