Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Rasmi! Ujian UPSR Mansuh Sepenuhya & PT3 2021 Pula Batal

Hanafis Haris 28/04/2021 | 09:24 MYT

Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin mengumumkan dua perkara penting berhubung Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3).

Menurut Radzi, kerajaan telah memutuskan untuk memansuhkan sepenuhnya Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bermula 2021.

Menurutnya, kementerian akan memperkasa pentaksiran berasaskan sekolah mulai tahun ini susulan pemansuhan itu.

“Keputusan memansuhkan UPSR dibuat berdasarkan kajian dan libat urus yang dibuat bersama pihak berkepentingan,” katanya.

Tambahnya, penilaian bagi Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) pada untuk tahun ini juga akan dibatalkan.

“Bagi PT3 pula, antara asas dipertimbangkan adalah mengambil kira masa yang ada murid untuk buat persediaan secara bersemuka dengan guru, keadaan penularan pandemik belum ditangani sepenuhnya dan keadaan semasa,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Sumber : Utusan Malaysia & Berita Harian

#sekolah #Pendidikan #UPSR #batal #PT3
;