Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

“Rasmilah Saya Sebagai Tok Mama”- Syukur, Normala Samsudin Dah Timang Cucu Pertama!

Syafiqah Jalal 16/06/2022 | 08:41 MYT
Bekas personaliti televisyen(TV) yang popular, Puan Sri Normala Samsudi selamat menimang cucu pertamanya semalam.

Normala bersyukur kerana anaknya, Ruhila selamat melahirkan bayi lelaki di sebuah hospital swasta di Selangor pada Rabu.

“Terima kasih atas doa-doa kalian. Ruhila selamat melahirkan bayi lelaki dan rasmilah saya sebagai ‘Tok Mama’ Alhamdulilah,” ucapnya.

Normala berkongsi perkara berkenaan di satu hantaran dalam akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri berkenaan dia memuat naik foto anaknya bersama cucu dengan wajahnya dilindung dengan gambar atau sticker.

Terdahulu, Normala sempat berkongsi momen serta debaran menanti kelahiran cucunya itu.

A post shared by Normala Samsudin (@normalasamsudinofficial)

#Anak #Pengacara #Cucu #TV #Normala Samsudin #'Personaliti
;