Berita

Ratu Squasy Negara Nicol David Umum Bersara, Rakyat Malaysia Zahirkan Rasa Kehilangan

Amri Hassan
18/02/2019
17:45 MYT
Sponsor Banner
Ratu Squasy Negara Nicol David Umum Bersara, Rakyat Malaysia Zahirkan Rasa Kehilangan
Ratu skuasy negara, Datuk Nicol David, 36, menjawab teka-teki ramai apabila mengumumkan persaraannya.
Keputusan itu dibuat selepas dia mengadakan perbincangan bersama keluarga dan jurulatih, Liz Irving, yang menjadi tulang belakang kejayaannya ketika di puncak karier dan sehingga kini.
"Saya gembira untuk bersiaran di sini bagi berkongsi perkembangan," katanya menerusi lintas langsung eksklusif dengan Nadi Arena malam tadi.
"Saya sangat gembira dan teruja untuk mengumumkan bahawa saya akan bersara Jun depan.
"Ia akan menjadi musim terakhir saya dalam karier profesional," jelas atlet kelahiran Pulau Pinang itu.
Perkembangan itu ternyata menjadi kehilangan besar buat negara memandangkan dia dianggap ikon sukan kebangsaan sejak lebih sedekad lalu.
Nicol memegang rekod pemain paling lama yang menghuni ranking nombor satu dunia, iaitu selama sembilan tahun, sebelum dirampas jaguh Mesir, Reneem El Weleily, pada 2015.
Pemain yang kini di ranking ke-21 dunia itu sudah mengecapi kesemua kejuaraan, termasuk lapan kali bergelar juara dunia, selain lima pingat emas Sukan Asia, dua emas Sukan Komanwel dan 81 gelaran kejuaraan Jelajah PSA.
Satu-satunya kekesalannya ialah skuasy belum diterima menjadi acara rasmi dalam Sukan Olimpik sepanjang kerjayanya selaku pemain.
Menerusi tinjauan di media sosial terutamanya Twitter, rakyat Malaysia melayangkan ucapan atas pengunduran Nicol.
"Thank you for your blood, sweat and tears and YEARS of perseverance, commitment and sacrifice.
"None of us could repay you for what you have done for our country.
"You will ALWAYS be our shining star. Happy retirement!" tulis Adibah Noor.
"Aku kenal nama dia sejak dibangku sekolah rendah lagi kot. true legend. selamat bersara," tulis salah seorang pengguna lain.
Foto: @nicolsquash
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar