Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Ratusan Gajah, Seladang & Kuda Belang Mati Di Kenya Kerana Kemarau

Maliah Surip 07/11/2022 | 08:50 MYT

Dunia sedang berhadapan dengan pelbagai krisis termasuk pemanasan global dan kemarau berpanjangan.

Impak daripada kemarau berpanjangan dan disifatkan terburuk dalam tempoh empat dekad ini, ratusan gajah, seladang dan kuda belang mati di seluruh Kenya.
“Pihak ranjer Kenya mendapat sebanyak 205 ekor gajah, 512, ekor seladang, 381 kuda belang, 51 ekor kerbau dan 12 ekor zirafah telah mati dalam tempoh sembilan bulan kebelakangan ini,” tulis kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Pelancongan seperti dilaporkan CNN.
Kenyataan tersebut juga mengatakan kemarau panjang tersebut telah memberi impak yang sangat besar terhadap ekosistem dan populasi haiwan terutama seladang dan kuda belang.
Di Kenya, musim kemarau yang berlaku antaranya membuatkan air sungai kering kontang dan merosakkan padang rumput.

#Viral #Gajah #Mati #Kemarau #Kenya #Kuda Belang
;