Laman Utama

Raveena Tandon Kenang Dirinya & Aishwarya Rai Kena Body Shaming Sebab Gemuk

Maliah Surip
11/05/2022
14:50 MYT
Sponsor Banner
Raveena Tandon Kenang Dirinya & Aishwarya Rai Kena Body Shaming Sebab Gemuk
Aktres Raveena Tandon saat ini sedang meraikan kejayaan karya terbaharunya, KGF: Chapter 2 dan bertemu media dalam beberapa siri temubual.
Selain berbicara mengenai sekuel filem yang pertama kali ditayangkan pada tahun 2018 itu, Raveena turut bercakap mengenai pengalamannya sebagai anak seni yang pernah menerima body shaming bukan sahaja dari khalayak, namun dalam kalangan media.
Dia mengatakan masih ingat bagaimana dirinya ‘berdiri’ dan menepis pandangan skeptikal media tentang bentuk badannya dan rakan seperjuangan, Aishwarya Rai yang berubah selepas masing masing melahirkan anak mereka.
Dalam laporan The Hindustan Times, Ravenna masih ingat bagaimana Aishwarya menerima body shaming selepas dia melahirkan anak pertamanya, Aaradhya Bachchan pada tahun 2011.
Katanya saat itu mereka berada dalam satu sidang media apabila Aishwarya dan dirinya menerima soalan berkaitan bentuk tubuh yang berubah semakin berisi atau kata lainnya, gemuk.
“Saya ingat lagi pernah mengalami body shaming selepas melahirkan anak lelaki dan terus bekerja selepas habis pantang.
“Kebetulan saya dan Aishwarya berada dalam satu sidang media dan mengalami body shaming.
“Wartawan bertanya kepada saya; ‘Raveena, berat badan anda telah bertambah dengan banyak. Anda pernah menjadi bintang yang dipuja.”
Dan saya menjawab: “Saya katakan kegemukan saya boleh diturunkan atau hilang, tapi adakah anda boleh mengubah wajah anda?”
Dia kemudian membela Aishwarya yang turut mengalami kenaikan berat badan selepas melahirkan anak dan hal tersebut membuatkan aktres tersebut ikut terkena body shaming.
“Setiap bentuk tubuh manusia adalah berbeza dan jika dia (Aishwarya) mengambil masanya untuk untuk memiliki bentuk tubuh asal, ia okay.
“Itu adalah ruang peribadi dia. Dia mempunyai tanggungjawab terhadap anak pertamanya.
“Jadi kenapa ada media yang mahu menentukan apa dan bila yang perlu dilakukan oleh Aishwarya dan anaknya?”luah Raveena.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar