Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Raya Mengejut Esok? Jangan Lupa Saksikan 7 Hari Di Bawah Matahari Mulai Malam Ini Di Astro Go!

Amri Hassan 01/05/2022 | 13:13 MYT

Ternyata masih ramai yang terkejut dengan pengumuman tarikh hari raya Aidilfitri yang jatuh pada hari Isnin, 2 Mei 2022 sebentar tadi.

Tapi redakan rasa panik itu dengan menyaksikan iklan raya khas Astro, Tujuh Hari Di Bawah Matahari yang ternyata berbeza dan mencabar tanggapan dan jangkaan masyarakat.
Tujuh Hari Di Bawah Matahari menceritakan seorang pemuda yang kehilangan pekerjaan yang ingin kembali ke pangkuan keluarganya sempena Aidilfitri.
Kata Ketua Pemasaran Bisnes Melayu Astro, Ezura Shazween, walaupun naratif filem pendek ini menyentuh elemen ketabahan serta kesungguhan ketika menghadapi dugaan, filem ini jua memaparkan isu-isu semasa yang lebih mendalam.
Harta benda, sisi realiti jaringan media sosial yang kurang menyenangkan, erti persahabatan, kasih sayang keluarga serta keengganan meminta bantuan walaupun menyedari diri memerlukannya menjadi inti pati penceritaan.
Filem ini menyelami kepincangan isu-isu sosial dan memaparkan bagaimana manusia tidak seharusnya mengadili seseorang atau situasi berdasarkan apa yang mereka lihat di jaringan media sosial.
"Astro sentiasa dan akan meneruskan penggunaan platform-platformnya untuk kebaikan demi memberi inspirasi kepada semua. Tujuh Hari Di Bawah Matahari menyambung tradisi lama ini sebagai misi kami pada tahun ini.
"Filem ini memaparkan elemen kepelbagaian menerusi barisan pelakonnya yang terdiri daripada mereka yang lama bertapa di dalam industri lakonan serta muka-muka baharu. Tidak dilupakan juga, kami mempunyai seekor kucing istimewa yang membawa perubahan yang signifikan terhadap karakter Emil," katanya.
Tayangan perdana Tujuh Hari Di Bawah Matahari telah mula disiarkan pada malam ini, 1 Mei 2022 di Astro GO bermula 8.30 malam.
Manakala, filem pendek ini akan disiarkan secara serentak di saluran-saluran Astro termasuk Ria, Prima, Warna, Citra dan Ceria pada 5 Mei, jam 8.00 malam serta tayangan umum pada 4 Syawal, 8 Malam di Astro Gempak, Sooka & Syok.

#Viral #Aidilfitri #Iklan Raya Astro #Astro Go #Nadhir Nassar #Tujuh Hari Di Bawah Matahari
;