Berita

Raya Tanpa Ibu Di Kampung? Ini 5 Video Masakan Mudah Untuk Juadah & Dessert Syawal Ini!

Syafiqah Jalal
22/05/2020
08:08 MYT
Sponsor Banner
Raya Tanpa Ibu Di Kampung? Ini 5 Video Masakan Mudah Untuk Juadah & Dessert Syawal Ini!
Syawal kali ini pasti berbeza daripada sebelum ini kerana rakyat Malaysia masih dalam musim Perintah Kawalan Pergerak Bersyarat (PKPB).
Malah Aidilfitri kali ini mungkin agak kekok terutama buat anak bujang yang terkandas di bandar selepas kerajaan tidak membenarkan rakyat Malaysia merentas negeri untuk pulang ke kampung menyambut Hari Raya bersama keluarga.
Namun, jangan bersedih apa pun yang berlaku Syawal harus disambut sempena meraikan kejayaan selepas sebulan kita berpuasa di bulan Ramadan.
Rindu juadah raya masakan ibu di kampung? Jangan bimbang, Syawal anda kali ini pasti bermakna jika anda dapat masaknya sendiri menggunakan air tangan anda.
Di sini, Gempak kongsikan 5 video masakan yang mudah dan ringkas untuk anda jadikan juadah di Hari Raya!
Banana Nutella Galette Resepi: Syaira dari IG @fluffbakery di IG @astrogempak
Bahan-Bahannya: 1 pie 112g plain flour 7g gula 2g garam 112g butter 57g air sejuk
Filling: 2-3 pisang Nutella
Glaze: 1 biji telur 7g cream Secubit garam
Rendang Ayam Resepi: IG @khairulaming
Bahan-Bahan: 3 biji bawang besar 5 batang serai 10 batang cili Halia sebesar ibu jari Lengkuas sebesar ibu jari Kunyit hidup sebesar ibu jari 4 ulas bwg putih 1 ekor ayam Gula Garam 2/3 kotak kecil santan 1 sudu kerisik 1 asam keping 3-4 helai daun limau purut 1-2 helai daun kunyit
Cara-caranya:
Puasa Day 28 : Rendang Ayam (Guna resepi mak) . . ?3 biji bawang besar ?5 batang serai ?10 btg cili (bagi aku tak cukup pedas..kena lebihkan lg sikit) ?Halia sebesar ibu jari ?Lengkuas sebesar ibu jari ?Kunyit hidup sebesar ibu jari ?4 ulas bwg putih ?1 ekor ayam ?Gula ?Garam ?2/3 kotak kecil santan ?1 sudu kerisik ?1 asam keping ?3-4 helai daun limau purut ?1-2 helai daun kunyit . . Masak dengan api perlahan. Lagi lama kita masak lg empuk and sedap. Kalau nampak kering sangat boleh je tambah air. Rendang ni lepas dh buat..makan esok pagi tu lagi best sbb strong flavour dia akan keluar. Cili tu depends..bg aku x ckup pedas la. Kena lebihkan sikit . . No prejudice. All materials (excluding music) owned by Rasapop PLT. All characters created are fictional and not associated with any individual or parties. #food #foodie #minum #juice #malaysia #kualalumpur #tasty #healthy #drink #2020 #eat #recipe #resepi #masak #dapur #ramadan #puasa #30hari30resepi #sahur #berbuka
A post shared by Khairul Amin Kamarulzaman (@khairulaming) on
Kuah Kacang
Resepi: IG @yatiekitchen Bahan-bahanya: 6 Tangkai Cili Kering 2 Biji Bawang Merah 6 Batang Serai Lengkuas sebesar Ibu jari Kaki Kiri x 2 Halia sebesar Ibu jari Kaki Kanan x 2 6 ulas bawang putih Kunyit Hidup sebesar jari kelinking
500 gram Kacang Tanah Halus Asam Keping x 1 Gula melaka 1/2 Buku Gula Perang Pasir 2 sudu besar Santan 2 Kotak Cili Kisar 1 Mangkuk kecik
A post shared by ????? ??????? ™️ (@yatiekitchen) on
Biskut Jejari Milo Berbadam
Resepi: IG @ashhryyyyy
Bahan-bahannya: MILO with Whole Grain Cereal Badam Butter Susu
Biskut Jejari Milo Berbadam Roti MILO with Whole Grain Cereal Badam Butter Susu Okay kali ni simple sahaja untuk buat kuih raya, tak payah guna tepung ke apa ke semua tu ok. Just roti , milo & badam pap pap siap. Okay mula mula kau ambi roti, kau kerat jadi panjang panjang okay. Atau terpulang kau nak bentuk apa pun lah ikut creativity masing masing. Lepas potong tu kau masukkan dalam oven roti tu. bakar sampai roti tu jadi macam biskut okay. Lepas tu, buat double boiled. Ambik butter, ambik milo. Biarkan kedua dua tu sebati & menjadi cecair seperti chocolate agak agak macam dah likat masa utk celupkan roti kedalam adunan milo tadi. Ulang sampa habes. Lepas celup, milo, celup badam. Kalau nak buat taburan milo pun boleh So ikut masing masing punya creativity lepas tu dah siapp. Makan makan hmm shoshedap shoshedap! Tiberrrr Selamat mencuba. #ashhmasak #biskutraya #shoshedap
A post shared by Ashhryshoshedap (@ashhryyyyy) on
Jus Tembikai Rambutan Resepi: IG @syafkun
Bahan-bahanya: 1 tin rambutan with syrup Tembikai (Separuh) Serbuk Asam Boi
Vlog Puasa 1 – TEMBIKAI RAMBUTAN (KOS: Dalam RM 8) Tembikai laici macam dah biasa sangat, kalini, kita try buat something different Personally, aku rasa combination ni power jugak Minum banyak2, lepastu asyik pergi toilet pastu BAHAN-BAHAN : ? 1 tin rambutan with syrup ? Tembikai (Separuh) ? Serbuk Asam Boi CARA-CARA : ? Blend dulu tembikai yang dah dipotong sekali dengan asam boi and sikit sirap dari rambutan tin ? Tapiskan serat tembikai, kita nak jus shj, tapi kalau suka serat then takyah la tapis ? Masukkan ais secukupnya, tambah rambutan di atas ? Tuang air tembikai dan tambah serbuk asam boi secukup rasa FOLLOW: IG: @syafkun Fb: Syaf Kun No prejudice. All material owned by Pav. PLT #beauty #beautiful #travel #hacks #makan #malaysia #2020 #minum #pkp #lifehacks #ramadan #fashion #fashionista #vlog #cat #kualalumpur #catsofinstagram #resipi #entrepreneur #puasa #food #foodie #lapar #eat #recipe #tasty #foodporn #juice #kitty #syafkun
A post shared by Syaf Kun (@syafkun) on
Selamat mencuba! Moga hari raya anda kali ini lebih bermakna meksipun tidak berkumpul bersama keluarga dan rakan-rakan!
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar