Laman Utama
Rayuan Kontinjen Malaysia Ditolak, Keputusan Batal Pingat Emas Ziyad Kekal
Keputusan untuk membatalkan pingat emas yang dimenangi jaguh lontar peluru para negara Muhammad Ziyad Zolkefli kekal.
Rayuan kontinjen Malaysia bagi mengesahkan pingat emas milik jaguh lontar peluru para negara, Ziyad Zolkefli, telah ditolak pihak penganjur dalam mesyuarat antara chef-de-mission (CDM) sebentar tadi.
Hal ini bermakna, Ziyad terlepas pingat emas acara lontar peluru F20 Sukan Paralimpik Tokyo 2020 dan rayuan selanjutnya hanya boleh dibuat selepas temasya itu berakhir.
PENGUMUMAN!! Rayuan ditolak dan keputusan penarikan semula emas Ziyad kekal. It's okay Ziyad. Satu dunia nampak bagaimana anda memecahkan rekod dunia Lontar Peluru F20. Ziyad tetap no. 1 kita!!
Ziyad sepatutnya mempertahankan pingat emas yang dimenanginya dalam edisi di Rio lima tahun lalu selepas memecahkan rekod dunia dengan lontaran sejauh 17.94m di Stadium Olimpik Tokyo semalam.PENGUMUMAN!! Rayuan ditolak dan keputusan penarikan semula emas Ziyad kekal. It's okay Ziyad. Satu dunia nampak bagaimana anda memecahkan rekod dunia Lontar Peluru F20. Ziyad tetap no. 1 kita!!Ayuh berikan sokongan buat Ziyad Zolkefli! #sokongmalaysia #GanbatteMalaysia pic.twitter.com/BlqEjoiXdA— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) September 1, 2021
Bagaimanapun, penyertaannya dibatalkan selepas protes daripada kem Ukraine, yang mendakwa atlet berusia 31 tahun itu lewat melaporkan diri di 'call room' (bilik pemeriksaan).
Dalam reaksi pertama susulan pengumuman itu, Ziyad menitipkan permohonan maaf kepada rakyat Malaysia.
Atlet berusia 31 tahun itu turut mengucapkan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang memberi sokongan kepadanya.
Terdahulu, Malaysia mengemukakan rayuan kepada Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) dan World Para Athletics (WPA) berhubung keputusan acara lontar peluru F20 (kecacatan intelektual) pada Sukan Paralimpik Tokyo hari ini.
Bantahan daripada Kontinjen Malaysia, Australia dan Ecuador akan dibawa ke Mesyuarat Chef de Mission (CDM) pasukan bertanding juga dibawa sekali.
Must-Watch Video