Gaya Hidup
Realistik Habis! Kesan Solekan Luka Kanak-Kanak Ini Buat Warganet 'Mind Blown'
Siapa sangka pada usianya yang masih kecil, kanak-kanak ini mampu menghasilkan efek solekan luka yang kelihatan begitu realistik.
Karya kanak-kanak dikenali sebagai Nurul Iman Syuhadah itu tular selepas gambar tangan dengan efek luka itu dimuat naik oleh ibu saudaranya menerusi Twitter.
Sehingga kini posting terbabit telah menerima 10,483 perkongsian dan 6,887 likes.
"Anak saudara aku, Iman buat servis lukis luka di sekolah. Pandai budak ni cari duit, jumlah terkumpul RM3," kata ibu saudaranya yang dikenali sebagai Atifah.
Menerusi posting itu juga, terdapat gambar memaparkan harga dan jenis efek luka yang ditawarkan oleh kanak-kanak terbabit.
Harga untuk efek lebam dan rotan adalah 50 sen manakala terseret batu dan jatuh motor bernilai RM1.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Rata-rata warganet mengagumi tahap kreativiti kanak-kanak tersebut dan memuji usaha serta semangat untuk berniaga biarpun hanya sekadar suka-suka.
Malah, mereka menganggap aktiviti atau kaedah sebegitu bagus untuk perkembangan minda kanak-kanak.
Anda boleh lihat komen warganet di bawah.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.