Laman Utama
Recap Rabu: Aliff Syukri Promote LGBT? Hidayah Abam Makin Cantik, Erra Fazira Jadi Youtuber Pula!
Pelbagai kisah selebriti dan cerita tular ada di Gempak hari ini, namun kami senaraikan 5 antara yang terbaik dan menjadi tumpuan.
Lihat dan klik lima artikel menarik di Gempak pada Rabu ini:
Usahawan kosmetik, Datu Seri Aliff Syukri tidak mahu mengiyakan atau pun menafikan dakwaan bahawa dia telah mempromosikan golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dalam muzik video lagu terbaharunya berjudul Kelepok Raya.
Aliff sebaliknya memberitahu apa yang cuba disampaikan adalah seni tarian.
Penampilan baharu balu kepada pelawak terkenal Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan atau Abam iaitu Siti Nurhidayah Mohd Ali mendapat perhatian ramai.
Walaupun berimej sopan namun itu tidak menghalang Hidayah untuk memperbaiki penampilannya saban hari.
Kontroversi membabitkan Insiden seorang wanita yang terjatuh lalu diasak dan ‘dirempuh’ oleh puluhan orang ramai yang memasuki sebuah kawasan padang nampak gayanya masih belum berakhir.
Menerusi perkongsian netizen di media sosial, kebanyakannya mengkritik tindakan dan keputusan wanita tersebut yang menyertai permainan diadakan oleh seorang YouTuber.
Umum mengetahui tentang keadaan kesihatan ayah pengusaha kosmetik popular, Nur Sajat yang dikhabarkan berada dalam keadaan kurang memberansangkan.
Hal tersebut disahkan sendiri oleh Sajat menerusi satu perkongsian di Instagram selepas adiknya, Mustika berkongsi mengenai berita tersebut di Instagram Story baru-baru ini.
Pelakon Erra Fazira akhirnya membuka saluran YouTube sendiri yang diberi nama Keep In Touch With Erra Fazira.
Menurut Erra, dia sudah lama merancang untuk membuka saluran tersebut tetapi terpaksa ditangguhkan akibat kekangan masa.