“Rehatlah Abah, Dunia Terlalu Kejam Untuk Mu” - Luahan Anak Pak Cik OKU Mangsa Pukul Di Pasar Tani Undang Sebak Netizen
Insiden melibatkan seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) yang dipukul di tapak jualan pasar tani di Chukai, Terengganu ternyata meruntun hati netizen.
Lebih-lebih lagi lelaki itu telah dipukul tanpa rasa belas kasihan oleh beberapa individu sehingga menyebabkan kecederaan.
Terbaru, tular video perkongsian anak mangsa di TikTok memaparkan kesedihan dan kesan emosi daripada insiden itu kepada mangsa.
Wanita yang dikenali sebagai Hana itu meluahkan isi hatinya tentang gambaran yang berlaku kepada bapanya.
undefinedDalam hantaran lain, Hana mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang mendoakan dan menawarkan bantuan kepada keluarganya.
Menurut Hana, bapanya sedang menerima rawatan lanjut di Hospital Terengganu.
“Terima kasih yang mana mendoakan kesihatan ayah saya dan ingin menolong keluarga kami. Kami sekeluarga hargai sangat-sangat.
“Ayah kami berada di Hospital Terengganu tengah menerima rawatan, sekali lagi terima kasih,” tulisnya.
Sementara itu di ruangan komen, netizen meluahkan rasa sebak melihat keadaan mangsa dan berharap mendapat keadilan yang sebaiknya.
Rata-rata netizen juga menyifatkan kejadian di pasar tani itu terlalu kejam dan tidak berperikemanusiaan.
Pada Jumaat, tular satu video di media sosial merakamkan seorang lelaki OKU dipukul beberapa individu dalam kejadian di Pasar Tani Padang Astaka, Chukai, Terengganu.
Dalam rakaman video tersebut, mangsa dilihat diseret di atas jalan serta ditendang di bahagian badan dan kepala mengakibatkan kecederaan pada muka.
Difahamkan, kejadian berlaku kira-kira jam 9.30 pagi apabila mangsa yang menunggang motosikal secara tidak sengaja melanggar sebuah gerai jualan di tapak pasar tani berkenaan.
Susulan kejadian, pihak polis menerima laporan berhubung insiden itu dan siasatan kini sedang dijalankan di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan.