Viral

“Reject Aku Hat Segak Sebab Nak Kahwin Perempuan Gemuk Macam Hang!” Beby Tora Dedah Bekas Kekasih Suami Sendu, Cari Fasal

Mya Amri
11/06/2020
13:39 MYT
Sponsor Banner
“Reject Aku Hat Segak Sebab Nak Kahwin Perempuan Gemuk Macam Hang!” Beby Tora Dedah Bekas Kekasih Suami Sendu, Cari Fasal
Personaliti media sosial Beby Tora mendedahkan paparan komen biadap didakwa ditulis oleh bekas kekasih suaminya, Apit Johari.
Beby Tora atau nama sebenarnya Atierah Zulfatie memuat naik paparan tersebut menerusi posting di akaun Instagramnya.
Paparan tersebut menyaksikan wanita itu telah meninggalkan komen berbaur penghinaan terhadap dirinya selain menuduh suaminya itu mata duitan.
“Aku ex suami hang oi. Suami hang tu dengan aku tak sweet macam ni pun. Dia nak hang sebab duit ja tu! Hang pun bukan cantik pun!
“Aku tak rasa hampa akan kekal! Aku harap dia tinggalkan hang nanti! Laki hang reject aku hat segak ni sebab nak kahwin perempuan gemuk macam hang haha!” tulisnya.
Dalam pada itu, Baby Tora juga menyatakan sewaktu mengikat tali pertunangan, dia juga pernah menerima mesej daripada bekas kekasih suaminya yang mendoakan agar hubungan mereka putus ditengah jalan.
“Waktu kami tunang dulu, ada perempuan merangkap ex suami mendoakan supaya kami ni tak jadi nak kahwin. Sia siap bagitahu perangai suami ni macam mana dulu.
“Lepas tu sekarang Tirah dah kahwin dah bahagia dah pun, masih ada ex yang mendoakan yang tidak baik ye. Tirah dengan ex Tirah baik ja. Takda pun mendoakan dia putus tunang bagai sebab Tirah rasa masing-masing dah ada kehidupan sendiri kan. Haih lainkan kau sebagai ex masih sendu.
“Takpa la nak cakap pasai suami Tirah buruk ka apa ka, tak prlu mengaibkan orang lain pun. Dia tetap suami tetap syurga Tirah sekarang dan dia suami yang baik.
“Kalau nak duit, dah lama suami Tirah duk rumah goyang kaki tak payah kerja, duit dia niaga pun dia simpan kat Tirah tau hahahaha! Jadi perempuan biar la perangai yang helok ye, perempuan ni special tau,” tulisnya.
wktu kami tunang dulu ,ada prmpuan merangkap ex suami mendoakan supaya kami ni tak jdi nak kahwin ..dia siap bgtau prngai suami ni mcmna dlu ..?pastu skrang tirah dh kahwin dh bahagia dh pun ...masih ada ex yang mendoakan yang tidak baik ye...huhu tirah dngn ex tirah baik ja .takda pun mendoakan dia putus tunang bagai ?sbb tirah rasa masing2 dh ada life sndiri kan ..haih lainkan kau sbagai ex masih sendu ? takpa la .nak ckap psai suami tirah buruk ka apa ka ,tak prlu mengaibkan orang lain pun ..dia tetap suami tetap syurga tirah skrang and dia suami yg baik ...yang lain tirah tak heran ..klau nak duit ,dh lama suami tirah duk rumah goyang kaki takpayah kerja ..duit dia niaga pun dia simpan kat tirah tau hahahaha !!!!!!!jdi prempuan biar la prngai yang helok ye ..prmpuan ni special tau ..haiyooo mu ada brapa ex eh ? @apit_johari hahahaha smua pesyen dengki ngan mu ka
A post shared by atierah zulfatie (@beby_toratora) on
Terdahulu, Beby Tora sebelum ini juga pernah menjadi viral disebabkan perkahwinannya bersama Apit.
Rata-rata netizen menyukai sikap suaminya yang dikatakan tidak memilih rupa paras dan fizikal dalam mencari calon isteri.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar