Viral

Rekod Diri Bersiap Pergi Mahkahmah, Netizen Sindir; “Cerai Pun Buat Content”

Gempak
27/01/2024
09:00 MYT
Sponsor Banner
Rekod Diri Bersiap Pergi Mahkahmah, Netizen Sindir; “Cerai Pun Buat Content”
Tindakan seorang lelaki yang merakamkan dirinya sendiri ketika sedang membuat persiapan untuk ke Mahkahmah Syariah bagi kes penceraiannya menjadi bahan sindiran netizen.
Menerusi hantaran yang dikongsi oleh pengguna X, memaparkan sebuah video GRWM lelaki tersebut yang masih gigih merakam dirinya dari awal bangun tidur sehingga selesai kes penceraian tersebut. “Bayangkan, nak pergi mahkamah syariah sebab nak bercerai ni, tapi masih tabah buat vlog GRWM, set up camera, cari angle cun. Masa angkat air pun susah ya nak record. Memang luar biasalah effort tu,” tulis pengguna X yang mengongsikan video tersebut.
Dalam pada itu, di ruangan komen ada segelintirt netizen yang menyindir kelakuannya itu yang dilihat seakan dahaga kan perhatian.

Berita Trending: Bersilat Di Masjid Nabawi, Sekumpulan Individu Dikecam Netizen - “Jenis Nak Perhatian Ke Ni?"

Antara komen yang diterima:
Bagaimanapun, ada juga netizen yang turut mendoakan lelaki ini agar sentiasa tabah menghadapi ujian yang sedang dihadapinya.
“Moga awak tabah dan move on.Yang paling penting sentiasa ingat Allah SWT ada bersama awak.
“Sabar abang sabar, kuat semangat dan senyum jangan sedih-sedih.
“Semoga awak bertemu jodoh yang lebih baik,” ucap beberapa netizen.
Setakat artikel ini ditulis, hantaran ini telah menerima sebanyak 1.4 juta tontonan di aplikasi TikTok.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar