Berita
Remaja 13 Tahun Tidur Di Kaki Lima Rumah Flat, Bapa Dedah Dah Beri Kunci Tapi…
Insiden melibatkan remaja berusia 13 tahun tidur di kaki lima rumah flat di Pasir Gudang, Johor terus menjadi perhatian ramai.
Dalam perkembangan terbaru, bapanya mendedahkan sudah memberi anak bongsu daripada dua beradik itu kunci rumah namun remaja itu enggan memasuki kediaman mereka.
Roslan Abas, 56, yang bekerja sebagai pengutip barangan lusuh itu didakwa mengabaikan anak dengan membiarkannya tidur di luar rumah antara pukul 10 malam, 7 Julai hingga 8 pagi, 9 Julai lalu.
“Saya ada bekalkan kunci, tetapi dia tidak mahu masuk. Tak mengapalah, saya faham, saya mengaku salah sahajalah,” kata selepas pertuduhan mengabaikan anak lelakinya dibacakan ke atasnya di Mahkamah Sesyen pada Selasa.
Pendakwaan dibuat mengikut mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 dan boleh dihukum bawah Seksyen 31(1) akta yang sama.
Ketika dibenarkan mahkamah untuk memberi penjelasan selepas fakta kes dibacakan, Roslan yang tidak diwakili peguam berkata, apa yang berlaku adalah benar, namun anak lelakinya itu seorang yang tidak mendengar kata.
“Dia (mangsa) suka macam itu, tidak boleh dipukul, saya cakap tidak mahu dengar. Setiap malam saya tidur lewat, tetapi saya selalu intai ke luar, dia tiada pun di depan rumah,” katanya.
Bagaimanapun, menurut Hakim Datuk Che Wan Zaidi Che Wan Ibrahim berkata pengakuan bersalah perlulah dibuat tanpa syarat dan tertuduh perlu mengakui fakta kes.
Pendakwaan dibuat mengikut mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 dan boleh dihukum bawah Seksyen 31(1) akta yang sama.
Hakim menetapkan jaminan RM3,000 serta syarat tambahan tidak mengganggu saksi.
Mahkamah menetapkan 29 Julai ini sebagai tarikh sebutan semula dan lantikan peguam.
Terdahulu, foto memaparkan remaja itu tular menerusi grup komuniti setempat di Facebook.
Jiran memaklumkan telah memberi makanan kepada pelajar Tingkatan Satu itu. Tidak hanya itu, ada yang mendakwa perkara berkenaan telah berlanjutan selama setahun dan ada masanya terpaksa membuang air besar di tangga sebab tidak boleh memasuki rumah.
Sumber - Sinar Harian