Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Berita

Remaja 14 Tahun Bunuh D*ri Tak Tahan Dibuli, Diludah Kerana Tiada Rumah

Maliah Surip 16/11/2024 | 11:55 MYT

Seorang remaja berusia 14 tahun mengambil nyawa sendiri selepas kecewa kerana dibuli rakan di Sekolah Tinggi Santa Clara, California, Amerika Syarikat.

Remaja yang dikenali sebagai Jose Emiliano Zamora disahkan pihak berkuasa tempatan telah membunuh diri hanya selepas tiga bulan mendaftar masuk ke sekolah baharu tersebut.
Bapanya, Jose Bautista mendedahkan Zamora membunuh diri selepas tidak tahan dibuli secara berterusan, lapor DailyMail.UK.
Bautista mendakwa tahu tentang anaknya dibuli dengan teruk selepas diberitahu rakan sekolah.
Dia bukan sahaja dipukul tetapi diludah oleh rakan daripada pasukan bola sepak.
Aksi buli itu dilakukan kerana Zamora tiada kediaman atau gelandangan.
Mangsa dan bapanya telah kehilangan rumah pada tahun lalu. Zamora kemudian terpaksa menetap di rumah perlindungan.
Dia yang meninggal dunia pada 6 November lalu sempat mendapatkan rawatan kesihatan mental namun memilih untuk menamatkan riwayatnya tanpa sempat diselamatkan.
Pihak berkuasa dan sekolah kini gigih mengumpulkan bukti dan menjalankan siasatan berkaitan kes tersebut.

BERITA TRENDING: Bukan Kali Pertama, Marsha Tetap Rasa Debar di Pentas SFMM - “Pesaing Terbesar Saya Adalah..”

BERITA TRENDING: Rita Rudaini Tidak Setuju Tindakan Campak Skrip Dianggap Sebagai Buli - “Manja Sungguh”

BERITA TRENDING: ‘Misha Omar Back To Basic Showcase’ Bakal Ubati Kerinduan Peminat - “Sebagai Penghibur Yang Sudah 2 Dekad…”

BERITA TRENDING: Puas Sudah, Aura, Hening Rindu, Terus Bersinar Layak Ke AJL39! Jom Semak Senarai Penuh Peserta

#Bunuh #Rumah #Remaja #Diri #USA #tiada #Diludah
;