Berita
Remaja Sesat Di Bukit Broga Ditemui Meninggal Dunia Jatuh Gaung
Seorang remaja berusia 16 tahun yang dilaporkan tersesat ketika mendaki bersama penjaga dan rakannya ditemui meninggal dunia dekat Bukit Broga, pada Selasa.
“Remaja tersebut dijumpai pada jarak 100 meter dari pintu gerbang Bukit Broga...
Pengarah Bomba Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail berkata, mangsa, Adi Putra Affendi dijumpai pasukan keselamatan sekitar pukul 2.50 petang tadi.
“Remaja tersebut dijumpai pada jarak 100 meter dari pintu gerbang Bukit Broga. Mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri kerana dipercayai terjatuh gaung pada kedalaman 10 meter.
“Pemeriksaan petugas kesihatan mengesahkan mangsa meninggal dunia pada pukul 3.42 petang,” katanya.
Terima Panggilan Kecemasan Daripada Penjaga
Menurut beliau, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada penjaganya pada pukul 4.08 petang, semalam.
Sejurus itu, sepasukan anggota dan pegawai keluaran Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semenyih telah digerakan bagi menyelaras gerakan mencari dan menyelamat.
Jelas Wan Md Razali, operasi mencari dan menyelamat itu dilakukan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Malim Gunung, Ranjer Hutan, Angkatan Pertahanan Awam (APM), dan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Serdang.
BERITA TRENDING: 2 Pegawai Polis Didakwa Terima RM1.25 Juta Tutup Kes Pembelian Senjata Warga Israel
“Gerakan mencari dan menyelamat merangkumi pencarian dari puncak satu hingga ke puncak tiga seluas 1.5 kilometer.
“Kaedah yang digunakan dalam operasi tersebut adalah “Sweeping Searching” dari puncak tiga hingga ke Pusat Kawalan Bomba (PKB).
“Pencarian hari pertama ditangguhkan pada pukul 2.30 pagi,” ujarnya.
Sumber: Kosmo!
Must-Watch Video