Remaja Tembak Lelaki Kerana Lambai Tangan Kepada Teman Wanitanya
Gara-gara cemburu, seorang remaja lelaki bertindak menembak seorang mahasiswa dalam kejadian yang berlaku di pekarangan pejabat Badan Pengawas Pemilihan Umum (Bawaslu) Lampung pada 28 Ogos lalu.
Dalam insiden yang berlaku kira-kira jam 12 tengah hari waktu tempatan itu menyaksikan mahasiswa yang dikenali sebagai SP, 26, ditembak suspek selepas keluar dari pejabat Bawaslu.
Difahamkan SP ketika ini sedang menjalani Praktek Kerja Lapangan (PKL) di pejabat berkenaan.
Ketua Polis Bandar Lampung, Kombes Pol Abdul Waras yang mengesahkan insiden itu berkata, kejadian tembakan itu berpunca daripada sikap cemburu suspek setelah melihat mangsa melambaikan tangan kepada teman wanitanya.
"Mangsa tidak sengaja melambaikan tangan kepada kekasih suspek, yang kemudian memicu kepada rasa cemburu dan berakhir dengan kejadian tembakan itu," katanya kepada pemberita di sini pada Sabtu.
BERITA TRENDING: Tular Video Da’i Syed Betulkan Tudung Isteri Sambil Tersenyum, Undang Pelbagai Reaksi Netizen - “Buatlah Pilihan Terbaik Selepas Ini, Nak Stay Atau…”
BERITA TRENDING: Aisyah Hijanah Fail Cerai Terhadap Alif Teega
BERITA TRENDING: 'Adik Dengar Kakak Cakap "Tak Nak" Dalam Bilik Air'
BERITA TRENDING: Gara-Gara Mahu Menang iPhone, 4 Individu Sanggup Bogel Depan Orang Ramai
Tambahnya, suspek yang sudah ditahan dikenali sebagai Klinton Al Holiab Sinaga,19, warga Jalan Harapan Jaya, Kelurahan Panjang Selatan, menggunakan pistol 'airsoft' bagi menembak mangsa.
"Kita juga menemui sejumlah besar dadah yang disimpan suspek," katanya.
Suspek kini berhadapan dengan hukuman berat mengikut undang-undang Indonesia, dia terancam dikenakan hukuman hingga 20 tahun penjara.
Sumber: Sinar Harian