Laman Utama

“Rentak Reggaeton Dah Semakin Diterima, Tak Salah Ikut Trend Semasa,” – Ryan Deedat Pertaruh Monalisa

Fiza Kamarudin
01/10/2020
06:16 MYT
Sponsor Banner
“Rentak Reggaeton Dah Semakin Diterima, Tak Salah Ikut Trend Semasa,” – Ryan Deedat Pertaruh Monalisa
Penyanyi dan komposer Ryan Deedat tidak menafikan muzik berentak raggaeton semakin diterima pendengar dan menjadi trend penyanyi hari ini.
Katanya, tidak salah jika mana-mana penyanyi membawakan mana-mana genre muzik asalkan karyanya berbeza.
“Sebenar genre muzik reggaeton ini sama saja macam yang lain. Kita ada balada, pop rock, etnik kreatif dan banyak lagi.
“Tetapi kenapa setiap kali ada penyanyi muncul dengan rentak reggaeton mesti orang kata tiru? Sedangkan ia sejenis genre muzik yang bebas dinyanyikan sesiapa.
“Kalau dulu lagu-lagu saya EDM dan ballad, kali ini saya kembali semula menghasilkan karya berentak reggaeton seperti awal kemunculan solo saya dahulu,” katanya.
Ryan Deedat atau mesra disapa sebagai Ryan ini memulakan kerjaya nyanyiannya bersama kumpulan alternatif rock RVL sejak tahun 2010.
Bersama kumpulan RVL, Ryan pernah beraksi sebagai pembuka tirai dalam konsert-konsert artis antarabangsa seperti Simple Plan, Against The Current, Tiffany Alvord, Jason Chen, Megan Nicole, Clara C dan artis K-Pop, Alexander dari kumpulan “U-KISS”.
Mengakui namanya kurang menyinar dalam arena muzik tempatan walaupun sudah 10 tahun berada dalam industri, Ryan Deedat tidak berputus asa untuk terus mengukuhkan namanya.
“Selepas 10 tahun saya berasa semakin selesa dengan hala tuju muzik saya. Sebelum ini nama Ryan Deedat dikenali kerana single debut ‘Salimah’, gandingan bersama Allahyarham Sandra Dianne.
“Lagu ‘Salimah’ mendapat sambutan hangat sehingga berjaya menjuarai carta radio dan tersenarai dalam cara platform digital seperti Joox.
“Kali ini saya sekali lagi mengangkat nama wanita sebagai judul lagu berjudul MONALISA yang merupakan ciptaan Mas Dewangga dan Firdaus Rahmat.
“Saya berharap lagu ini bukan sahaja mendapat sambutan positif pendengar tetapi juga menjadi siulan ramai,” katanya.
Lagu ini turut mendapat sentuhan komposer dan penerbit terkenal Omar K sebagai penerbit rakaman.
Lagu berentak reggaeton yang diberikan susunan muzik indah ini turut disuntik dengan elemen muzik Timur Tengah.
Sementara itu video muzik rasmi yang dimuatnaik di saluran YouTube Official Ryan Deedat sejak 18 September lalu, merupakan arahan Azamul Ashraff dan terbitan bersama Fave Productions Sdn Bhd dan Universal Music Malaysia .
Video muzik ini turut menampilkan bakat Ryan Deedat beraksi dan menari di samping Marrisa Bahri (Team Squad) dan kumpulan penari DP Fam yang masing-masing pernah terlibat dalam rancangan realiti Dansa Dan Sing anjuran Astro pada awal tahun ini.
Monalisa kini boleh didapati di pelantar digital kegemaran seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Joox dan juga Apple Music.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar