Laman Utama
“Respect, Power Betul!” - Guna Mulut Main Ping pong, Atlet Paralimpik Mesir Ini Curi Tumpuan
Atlet Paralimpik dari Mesir, Ibrahim Hamadtou mencuri perhatian wargamaya dengan kebolehannya bermain suka ping pong menggunakan mulut di sukan Paralimpik Tokyo 2020.
Menerusi laman sosial Twitter, sedutan aksi perlawanan Hamadtou, 48, menentang atlet Korea Selatan, Park Hong-kyu menjadi tular dan dijadikan sumber inspirasi ramai.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pada perlawanan yang berlangsung pada minggu lalu, Hamadtou menggunakan mulutnya bagi memegang bat pingpong dan melakukan pukulan servis menggunakan kaki namun tewas dalam pusingan kelayakan Kelas 6.
Kelas 6 terbuka untuk atlet yang dapat berdiri tetapi memiliki kelemahan pada lengan dan kaki mereka.
Difahamkan Hamadtou hilang kedua-dua belah tangannya sejak berumur 10 tahun akibat kemalangan kereta api.
Memetik laporan CNN pada tahun 2014, dia mula bermain ping pong pada tahun 1986 dan ini merupakan penampilan kedua Hamadtou dalam sukan Paralimpik selepas edisi Rio pada tahun 2016.
“Di kampung kami, kami hanya boleh bermain bola sepak dan ping pong pada waktu itu. Sebab itu saya bermain kedua-duanya.
“Logik untuk saya bermain bola sepak pada awalnya kerana keadaan saya tetapi saya memilih suka. ping pong kerana ia mencabar,” ujarnya.
Sementara itu di ruangan balas, aksi kebanyakan atlet Paralimpik ini ternyata membuka mata wargamaya tentang kehebatan dan semangat juang mereka meskipun kurang upaya.
“Betul tu. Jarang tak sebak la bila tengok mereka beraksi. Mereka mungkin kurang dari segi fizikal, tapi semangat mereka tinggi menggunung,” sokong seorang wargamaya.
“Setiap kali aku tengok game dia, lawan dia macam bersalah bila attack tempat yang dia tak sampai. Lebih bahu atau bawah dada, dia lepas je,” luah seorang wargamaya.
“Tengok acara renang bro, pergghh dasyat. Aku yang penat tengok diaorang berenang. Semangat diaorang kuat,” ujar seorang wargamaya.
“Aku yang cukup sifat ni pun tak reti main. Respect habis!” komen seorang wargamaya.
“Ye do, since aku tengok Paralympic Tokyo ni aku sampai nak interview one by one. Especially yang takde tangan kaki semua tu. Orang buta pun masuk sport memang mind-blowing gila,” kata seorang wargamaya.
“Ping pong itself dah lah susah nak main but he can do it using his mouth?! Lepastu wakilkan negara sendiri pulak tu aaaaa sedihnya,” luah seorang wargamaya.
“Weh sebab tu aku semangat sangat tengok Paralimpik ni tau. So aku boleh rasa bersyukur dengan apa yang ada sekarang, Dan aku sangat kagum dengan Paralympians yang kurang upaya tapi boleh buat more than that,” tulis seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, perkongsian tersebut mendapat lebih 8,000 tanda suka daripada warga Twitter.