Viral
Restoran ‘Layan Diri’ Raih Perhatian Netizen - “Sendiri Bungkus, Kira & Bayar, Semua Bergantung Pada Kejujuran…”
Baru-baru ini, satu restoran tular di media sosial kerana berasaskan tema ‘layan diri’.
Menerusi video berdurasi 40 saat yang dikongsi di Platform X, seorang individu menerangkan bahawa restoran tersebut tidak mempunyai sebarang pekerja, sebaliknya hanya menyediakan lauk-pauk untuk dibungkus, dikira, dan dibayar sendiri oleh pelanggan.
BERITA TRENDING: “Luaran Cantik Sampai Dalam…” Niat Nak Cuba Kek Tapak Kuda Terbantut, Inti Dalaman Rupa-Rupanya...
“Dia buat bisnes macam berniaga dalam kolej. Pelanggan datang sendiri pilih lauk, sendiri bungkus, sendiri kira dan bayar. Semua bergantung pada kejujuran pelanggan,” tulis individu itu.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Restoran unik itu meraih perhatian netizen di mana ada segelintir yang memberi pendapat untuk penambahbaikan dan ada juga yang memuji tindakan pemilik restoran.
Antara komen yang diterima:
“Penambahbaikan yang pemilik boleh buat adalah, sediakan mesin cashier untuk pelanggan masukkan jumlah, bayar dan terima baki,”
“Ini bagus. Saya suka. Semuanya berasaskan kejujuran,”
“Ni lebih kepada niat nak bersedekah nampaknya. Moga Allah rahmati pemilik dengan rezeki melimpah ruah.”
Setakat artikel ini ditulis, entri itu mendapat hampir 500,000 tontonan dan lebih 4,000 tanda suka di Platform X.
Sumber: Platform X